Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak catat IPU baik, hanya Kota Samarahan kategori sederhana
  • TEMPATAN

Sarawak catat IPU baik, hanya Kota Samarahan kategori sederhana

Utusan Sarawak 1 day ago
KEADAAN persekitaran Kota Samarahan.

KUCHING: Sebahagian besar lokasi di Sarawak merekodkan kualiti udara yang baik setakat 4.00 petang ini berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB).

Daripada 18 stesen pemantauan di seluruh negeri, hanya Kota Samarahan mencatat bacaan IPU 56 yang dikategorikan sebagai sederhana, manakala selebihnya menunjukkan bacaan baik, dengan paras pencemaran rendah dan tidak memberi kesan terhadap kesihatan.

Kuching merekodkan IPU 42, manakala lokasi seperti Serian (33), Sri Aman (18), Sibu (28), Mukah (32) dan Lundu (46) juga kekal dalam julat baik. 

Limbang mencatat bacaan terendah iaitu 11, menunjukkan udara yang sangat bersih.

Menurut NREB, IPU dikira berdasarkan purata berjalan selama 24 jam daripada parameter pencemar yang paling dominan, dengan bacaan 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, manakala 51 hingga 100 dianggap sederhana.

Orang awam dinasihatkan untuk terus memantau maklumat terkini berkaitan kualiti udara terutama semasa musim panas dan kering yang berisiko mencetuskan jerebu, serta mengambil langkah berjaga-jaga jika menjalankan aktiviti luar.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak Police strengthens cross-border security cooperation with West Kalimantan Police
Next: ‘Ini anak saya, bukan pengganti isteri’ – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.