Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sarawak catat dagangan sebanyak RM198.7 bilion
  • BISNES

Sarawak catat dagangan sebanyak RM198.7 bilion

Utusan Sarawak 1 day ago
ORANG ramai merakam gambar tiang bendera negeri Sarawak di Dataran Ibu Pertiwi di Petra Jaya.

KUCHING: Sarawak telah mencatatkan jumlah perdagangan sebanyak RM198.7 bilion dan lebihan perdagangan berjumlah RM71.1 bilion pada 2024, walaupun berhadapan ketidakpastian luaran seperti turun naik pasaran global dan ketegangan geopolitik, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata harga komoditi yang lebih tinggi, terutamanya minyak sawit mentah, yang disokong oleh permintaan global yang baik menjadi tonggak pemacu pertumbuhan prestasi perdagangan Sarawak.

Eksport utama seperti minyak sawit, gas asli cecair (LNG) dan petroleum mentah kekal kukuh sehingga memacu pertumbuhan perdagangan. 

“Pada 2024, Sarawak mencatatkan jumlah perdagangan sebanyak RM198.7 bilion, menandakan peningkatan 2.7 peratus berbanding 2023. Imbangan perdagangan turut berkembang 4.2 peratus kepada RM71.1 bilion.

“Kedua-dua eksport dan import menunjukkan trend menaik, eksport berkembang sebanyak 3.1 peratus kepada RM134.9 bilion manakala import melonjak 1.9 peratus kepada RM63.8 bilion,” kata Mohd Uzir melalui satu kenyataan.

Jepun, China, Korea Selatan, Semenanjung Malaysia dan India adalah lima destinasi eksport utama Sarawak pada 2024.

Pada 2024, Jepun dan China merupakan destinasi eksport utama untuk Sarawak, menyumbang 35.1 peratus daripada jumlah eksport negara yang bernilai RM47.3 bilion. 

Eksport ke Jepun mencapai RM29.1 bilion, kenaikan sebanyak 1.4 peratus dari tahun ke tahun. Produk utama eksport ke Jepun adalah LNG bernilai RM25.4 bilion, diikuti oleh produk kayu-kayan pada paras RM1.4 bilion serta produk besi dan keluli pada RM0.8 bilion.

Eksport ke China adalah sebanyak RM18.2 bilion dan ianya menyumbang 13.5 peratus daripada jumlah eksport Sarawak, menurun 1.7 peratus atau RM0.3 bilion berbanding tahun sebelumnya.

LNG kekal sebagai produk eksport utama ke China mencecah paras RM13.5 bilion, diikuti oleh produk logam buatan pada RM1.1 bilion, manakala produk minyak sawit dan produk kelapa sawit pada RM0.9 bilion. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: AirAsia beli 70 pesawat jarak jauh bernilai AS$12.25 bilion 
Next: Pasaran getah kekal bercampur-campur, turun naik minggu hadapan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.