Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak catat 259 permohonan sijil halal, 60 telah diluluskan
  • TEMPATAN

Sarawak catat 259 permohonan sijil halal, 60 telah diluluskan

Utusan Sarawak 4 hours ago
YANG Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha ketika Majlis Penyerahan Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada pengurus merangkap pemilik Ling’s Signature, Mazrina Abang Hipni di premis perniagaan tersebut di Jalan Kulas, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia di Sarawak menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila sebanyak 259 permohonan diterima setakat 14 April lalu, dengan 60 daripadanya telah diluluskan.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha berkata, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 178 permohonan telah diproses sekali gus mencerminkan keyakinan tinggi dalam kalangan pengusaha terhadap sistem pensijilan halal di negeri ini.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada pengurus merangkap pemilik Ling’s Signature, Mazrina Abang Hipni di premis perniagaan tersebut di Jalan Kulas, hari ini.

Menurutnya, peningkatan permohonan didorong oleh pelbagai faktor termasuk kemudahan sistem permohonan dalam talian MYeHALAL, garis panduan yang jelas serta kadar fi yang berpatutan.

“Perkembangan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pihak berkuasa seperti Majlis Islam Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), malah turut meningkatkan keyakinan pengguna terhadap status halal sesuatu produk serta perkhidmatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihati semua pemegang sijil halal agar sentiasa mematuhi piawaian yang ditetapkan bagi memastikan integriti pensijilan terus terpelihara.

Tambahnya, usaha juga sedang dipergiat untuk membimbing lebih ramai pengusaha, khususnya dalam sektor makanan sejuk beku, mendapatkan pensijilan halal.

Pada majlis sama, orang ramai turut dimaklumkan mengenai penganjuran Borneo International Halal Showcase (BIHAS) yang dijadual berlangsung dari 21 hingga 23 Julai ini di Waterfront Hotel dan Waterfront Square, Kuching.

Beliau turut mengingatkan bahawa sebarang penggunaan atau penandaan halal tanpa kelulusan pihak berkuasa merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 29 Perintah Perihal Dagangan (Perakuan atau Penandaan Halal) 2011.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: ACCCIS puji inisiatif kerajaan negeri ringankan beban rakyat
Next: Perpaduan, keharmonian tonggak utama kekuatan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.