Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Sarawak catat 257 kes penyakit Tibi setakat ini, orang ramai dinasihatkan berhati-hati
  • KESIHATAN

Sarawak catat 257 kes penyakit Tibi setakat ini, orang ramai dinasihatkan berhati-hati

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) ingin memaklumkan situasi penyakit Tuberkulosis atau Tibi yang berlaku di Malaysia sehingga Minggu Epidemiologi ke-5 (ME 5/2026). Sebanyak 503 kes baharu telah dikesan menjadikan bilangan kes keseluruhan sebanyak 2,571 kes. Pecahan bilangan kes mengikut negeri adalah seperti berikut:

● 614 kes (23.88%) di Sabah;

● 476 kes (18.51%) di Selangor;

● 257 kes (10.00%) di Sarawak;

● 233 kes (9.06%) di Johor;

● 202 kes (7.86%) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya;

● 148 kes (5.76%) di Pulau Pinang;

● 144 kes (5.60%) di Kedah;

● 127 kes (4.94%) di Perak;

● 96 kes (3.73%) di Kelantan;

● 81 kes (3.15%) di Pahang ;

● 60 kes (2.33%) di Terengganu;

● 58 kes (2.26%) di Negeri Sembilan;

● 42 kes (1.63%) di Melaka;

● 17 kes (0.66%) di Perlis; dan

● 16 kes (0.62%) di Wilayah Persekutuan Labuan.

Saranan pencegahan dan kawalan sepanjang musim perayaan

Menjelang musim perayaan dan cuti panjang yang bakal tiba, orang ramai dinasihatkan agar lebih peka terhadap pencegahan penyakit Tibi dengan mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul serta memakai pelitup muka di kawasan yang sesak. Individu yang mengalami gejala seperti batuk berpanjangan, demam, hilang selera makan, atau susut berat badan digesa untuk segera menjalani saringan di fasiliti kesihatan terdekat.

Langkah ini bukan sahaja berteraskan prinsip penilaian risiko kendiri, malah merupakan tanggungjawab sosial yang amat penting bagi melindungi diri, keluarga, serta komuniti daripada risiko jangkitan penyakit berjangkit

-Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: 503 kes baharu tibi sehingga Minggu Epidemiologi kelima 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.