Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak, Catalonia bincang kerjasama pembangunan sukan
  • SEMASA

Sarawak, Catalonia bincang kerjasama pembangunan sukan

Utusan Sarawak 8 hours ago
MENTERI Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mengetuai delegasi kementeriannya dalam lawatan rasmi bertemu Menteri Sukan Kerajaan Catalonia, Berni Álvarez semalam.

BARCELONA: Sarawak menjalin perbincangan dengan Kementerian Sukan Catalonia, Sepanyol bagi meneroka peluang kerjasama dalam bidang sukan dan pertukaran pengetahuan antara kedua-dua pihak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mengetuai delegasi kementeriannya dalam lawatan rasmi bertemu Menteri Sukan Kerajaan Catalonia, Berni Álvarez semalam.

Menurut kenyataan kementerian itu, pertemuan tersebut membincangkan peranan penting pembangunan sukan, kebajikan atlet dan sokongan jangka panjang kepada atlet dalam memperkukuh kesejahteraan sosial serta memupuk gaya hidup sihat.

Abdul Karim turut berkongsi bahawa Sarawak aktif menganjurkan pelbagai acara sukan besar seperti Sukan Borneo 2025 yang akan diadakan di Kuching dan Sukan SEA 2027 yang akan turut dianjurkan bersama sebagai sebahagian persediaan kontinjen Malaysia.

MENTERI Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mengetuai delegasi kementeriannya dalam lawatan rasmi bertemu Menteri Sukan Kerajaan Catalonia, Berni Álvarez semalam.

Sementara itu, Berni Álvarez yang juga bekas pemain dan jurulatih bola keranjang profesional, berkongsi pengalaman Catalonia dalam mengurus peralihan kerjaya atlet serta kebajikan mereka melalui pelan pembangunan selepas persaraan bagi membantu atlet menyesuaikan diri selepas bersara daripada arena sukan.

Delegasi Sarawak menilai amalan tersebut sebagai rujukan berguna dalam memperkukuh rangka kerja kebajikan sukan dan sokongan jangka panjang kepada atlet di Sarawak.

Kedua-dua pihak turut bersetuju bahawa Sarawak dan Catalonia berkongsi nilai serta struktur tadbir urus yang serupa, masing-masing memiliki tahap autonomi dan komitmen tinggi terhadap pembangunan melalui sukan, budaya serta pendidikan.

Perbincangan turut menyentuh potensi kerjasama masa hadapan dalam pengurusan sukan, pertukaran kejurulatihan, pembangunan kemudahan dan penglibatan belia melalui perlawanan persahabatan serta program latihan.

Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada lawatan rasmi kerja Sarawak ke Sepanyol, yang turut merangkumi penglibatan dalam sektor kebudayaan dan industri kreatif sempena Kongres International Council on Archives (ICA) 2025 di Barcelona.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerjasama MUTS-SIRIM perkukuh kualiti, tangani isu vandalisme
Next: PM Anwar tiba di Gyeongju hadiri Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin APEC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.