Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak cadang tubuh platform pensijilan hidrogen, perkukuh integriti pasaran
  • SEMASA

Sarawak cadang tubuh platform pensijilan hidrogen, perkukuh integriti pasaran

Utusan Sarawak 14 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) merakam gambar bersama rombongan semasa Persidangan Hidrogen Asia Dunia 2025 di Tokyo, Jepun hari ini. Foto UKAS

TOKYO: Kerajaan Sarawak akan mewujudkan platform pensijilan hidrogennya sendiri sejajar dengan piawaian antarabangsa bagi memastikan ketelusan dan kebolehkesanan dalam menyokong integriti pasaran.

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyuarakan perkara itu ketika menyampaikan ucaptama bertajuk “Sarawak’s Hydrogen Vision: Catalysing Green Growth for ASEAN and Beyond” pada Persidangan Hidrogen Asia Dunia 2025 di Tokyo, Jepun, hari ini.

Abang Johari berkata Sarawak berusaha gigih untuk memperoleh perjanjian jual beli jangka panjang di peringkat antarabangsa bagi meningkatkan keyakinan pelabur untuk melabur dalam industri hidrogen berskala besar di negeri itu.

“Kerajaan negeri telah mengambil langkah proaktif menerusi pelancaran Pelan Hala Tuju Ekonomi Hidrogen Sarawak (SHER), iaitu pelan jangka panjang yang menyasarkan Sarawak sebagai pengeluar hidrogen yang kompetitif dari segi kos, boleh dipercayai dan mampu berkembang secara berskala.

“Lebih penting, Sarawak sedang melabur dalam bidang teknologi dan inovasi kerana kami sedar bahawa penambahbaikan berterusan ialah kunci kepada daya saing dalam landskap tenaga yang sentiasa berubah,” katanya dalam kenyataan itu.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) berucap pada Persidangan Hidrogen Asia Dunia 2025 di Tokyo, Jepun hari ini. Foto UKAS
 

Kerajaan Sarawak juga sedang meneliti kemungkinan untuk mewujudkan satu platform pensijilan bersama yang diterima pakai di peringkat ASEAN dan antarabangsa.

Abang Johari berkata piawaian berkenaan mestilah selaras dengan penanda aras global kerana dalam jangka panjang ia berpotensi menjadi pemangkin kepada pasaran sukarela bagi pertukaran karbon.

Beliau berkata keseluruhan inisiatif berkenaan perlu disokong oleh pemacu kukuh termasuk tadbir urus, infrastruktur, pembiayaan, pembangunan tenaga kerja serta kejelasan peraturan supaya dapat membentuk platform yang membolehkan Sarawak muncul sebagai peneraju hidrogen serantau.

Lawatan kerja rasmi Abang Johari ke Tokyo selama dua hari bermula semalam itu khusus bagi menghadiri persidangan berprestij berkenaan.

–Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: JPJ Sarawak: Tiada kompromi pelanggaran undang-undang oleh kenderaan jabatan
Next: Sarawak melangkah digital, SMART600 ubah landskap komunikasi pedalaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.