Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sarawak Cable nyahsenarai dari Bursa Malaysia pada 15 Julai
  • BISNES

Sarawak Cable nyahsenarai dari Bursa Malaysia pada 15 Julai

Utusan Sarawak 15 hours ago

KUALA LUMPUR: Sarawak Cable Bhd akan nyahsenarai dari Pasaran Utama Bursa Malaysia berkuat kuasa 15 Julai 2025, selepas bursa menolak rayuannya untuk lanjutan tempoh bagi mengemukakan pelan penyusunan semula.

Pihak syarikat merayu supaya tarikh akhir itu dilanjutkan sehingga 31 Disenber 2025, menurut kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Keputusan untuk nyahsenarai sekuriti syarikat daripada senarai rasmi Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) adalah selaras dengan perenggan 8.04 Kehendak-Kehendak Penyenaraian Pasaran Utama, tambah kenyataan itu.

“Sekuriti syarikat akan dikeluarkan daripada senarai rasmi Bursa Securities selepas tamat dua hari dagangan bermula daripada tarikh hari ini, iaitu pada 15 Julai 2025,” menurut kenyataan itu.

Sekuriti tersebut akan dikeluarkan daripada Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd (Bursa Depository) oleh Sarawak Cable sebaik sahaja nyahsenarai daripada senarai rasmi Bursa Securities.

“Syarikat akan terus mengemas kini dan mengekalkan maklumat pemegang saham dalam daftar syarikat. Selepas nyahsenarai, syarikat akan terus wujud namun sebagai entiti yang tidak disenaraikan,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Sarawak Cable akan meneruskan operasi dan perniagaannya serta pelaksanaan penstrukturan semula korporat, dan para pemegang saham masih boleh diberi ganjaran berdasarkan prestasi syarikat.

“Bagaimanapun, pemegang saham akan memegang saham yang tidak lagi disebut dan didagangkan di Bursa Securities. Kepentingan dan hak pemegang saham masih akan dilindungi mengikut Akta Syarikat 2016,” menurut kenyataan itu.

Sarawak Cable telah menimbulkan kriteria Nota Amalan 17 (PN17) pada 30 September 2022 berikutan kebimbangan yang dibangkitkan oleh juruaudit luarnya mengenai daya majunya untuk terus beroperasi, selepas beberapa institusi kewangan menggantung kemudahan kredit syarikat itu. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Sektor perbankan dijangka berdepan tekanan NIM selepas penurunan OPR -Firma penyelidikan
Next: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS, petunjuk bercampur-campur daripada FED

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.