Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sarawak buktikan kejayaan ekonomi, komitmen tinggi bangunkan sukan
  • SUKAN

Sarawak buktikan kejayaan ekonomi, komitmen tinggi bangunkan sukan

Utusan Sarawak 3 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa pada Majlis Penangguhan SUKSAR Edisi Ke-IV 2026 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, hari ini. Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Penubuhan Menara Affin di Tun Razak Exchange (TRX) melambangkan kejayaan besar Sarawak dalam memperkukuh kedudukan ekonomi di peringkat nasional, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, kehadirannya di Kuala Lumpur untuk merasmikan Menara Affin merupakan satu penghormatan besar, sekali gus memperlihatkan kejayaan Sarawak mengambil alih pegangan majoriti sebuah institusi perbankan utama negara yang kini dimiliki oleh rakyat Sarawak.

Menurutnya, kehadiran lebih 2,000 pengunjung sempena perasmian itu membuktikan minat dan keyakinan orang ramai terhadap keupayaan Sarawak dalam mengurus dan membangunkan sektor kewangan di peringkat nasional.

“Kejayaan dalam ekonomi itu perlu seiring dengan kecemerlangan dalam bidang sukan, khususnya menjelang penyertaan Sarawak dalam Sukan Malaysia (SUKMA) di Selangor.

“Walaupun temasya itu berlangsung di luar Sarawak, beliau menegaskan kontinjen Sarawak akan berjuang habis-habisan untuk mempertahankan status juara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Sukan Sarawak (SUKSAR) edisi ke-IV 2026 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, hari ini.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa pada Majlis Penangguhan SUKSAR Edisi Ke-IV 2026 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, hari ini. Foto Adi Safarman

Abang Johari mengimbas kejayaan atlet Sarawak sebelum ini, termasuk petinju negara dari Sri Aman yang dikenali sebagai Kilat Boy, serta pemain badminton perseorangan dari Miri yang berjaya mencapai kedudukan tinggi di peringkat kebangsaan.

Dalam masa yang sama, beliau berkata pembangunan ekonomi Sarawak turut membolehkan kerajaan negeri memberi komitmen besar terhadap pembangunan sukan, termasuk kesediaan berkongsi kos penganjuran Sukan SEA bersama Kerajaan Persekutuan demi meningkatkan standard sukan anak Sarawak.

Beliau turut menekankan keperluan menaik taraf venue, stadium dan fasiliti sukan di seluruh negeri agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya, khususnya oleh sekolah. 

Menurutnya, kemudahan sukan tidak seharusnya dibiarkan terbiar, sebaliknya dibuka kepada pelajar dengan kadar penggunaan yang berpatutan.

“Sarawak memiliki antara jumlah padang dan fasiliti sukan terbanyak di negara ini. Kemudahan ini dibina untuk anak-anak muda, jadi pastikan ia digunakan sepenuhnya dan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Abang Johari mengucapkan tahniah kepada semua atlet dan pemenang SUKSAR IV serta memberi jaminan bahawa kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memperkasa pembangunan sukan untuk jangka panjang.

Turut hadir ialah Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah; ​Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu; Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh. 

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Zon Utara juara keseluruhan SUKSAR IV 2026
Next: Zhen Xiang Kenny Lim, Nur Ain Ramadhania dinobat Olahragawan, Olahragawati Harapan SUKSAR IV 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.