Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sarawak buka peluang pelaburan pelbagai sektor, perkukuh kerjasama syarikat Semenanjung
  • BISNES

Sarawak buka peluang pelaburan pelbagai sektor, perkukuh kerjasama syarikat Semenanjung

Utusan Sarawak 7 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan hormat daripada delegasi CREST Penang, di pejabatnya, di Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Sarawak sentiasa bersedia untuk membuka peluang pelaburan pelbagai sektor kepada syarikat dari Semenanjung.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, antara sektor yang dikenal pasti ialah pembuatan, pertanian dengan penekanan kepada sekuriti makanan, perubatan dan kesihatan, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor serta industri berteknologi tinggi seperti dron.

Tambah beliau, perbincangan turut memberi fokus kepada pembangunan bakat sebagai elemen kritikal bagi menyokong keperluan industri serta memastikan kelestarian pertumbuhan sektor-sektor berkenaan.

“Semua ini adalah usaha kita untuk mewujudkan ekosistem supaya memudahkan pelaburan ini agar ianya dapat direalisasikan,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada delegasi CREST Penang, di pejabatnya, di sini, hari ini.

Mengetuai delegasi berkenaan ialah bekas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia merangkap Pengerusi Kumpulan UCSI Healthcare Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan menambah, sektor perhutanan turut diberi perhatian dengan penekanan kepada penghasilan produk nilai tambah seperti industri berasaskan kertas, sejajar dengan usaha meningkatkan rantaian nilai industri tersebut.

Dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik, Sarawak juga merancang untuk menganjurkan forum dan persidangan khusus yang akan menjadi platform memperhebat jaringan serta kolaborasi antara pemain industri dan pelabur.

“Kita juga setuju supaya kita adakan forum ataupun konferens supaya kita dapat memperhebatkan lagi bidang kerjasama di antara kita.

“Ini bagaimanapun masih lagi dalam perancangan,” jelasnya lagi.

-UKAS

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka kukuh susulan optimisme konflik Asia Barat mereda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.