Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak-Brunei perkukuh hubungan dua hala
  • SEMASA

Sarawak-Brunei perkukuh hubungan dua hala

Utusan Sarawak 19 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (kanan) berbincang bersama Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei Darussalam, Dato Seri Setia Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Yusof (kiri) semasa kunjungan hormat di Wisma Sumber Alam, Petra Jaya, di sini, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei Darussalam, Dato Seri Setia Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Yusof di Wisma Sumber Alam, di sini, hari ini.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuhkan hubungan dua hala serta membincangkan peluang kerjasama strategik dalam pembangunan ekonomi dan pelaburan antara Sarawak dan Brunei Darussalam.

Dato Seri Setia Erywan turut diiringi oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Brunei Darussalam, Pengiran Datin Paduka Shazainah Pengiran Dato Paduka Shariffudin, bersama dua pegawai kanan kementerian, Syamin Nabilah Daud dan Dayangku Nor Zaidah Pengiran Shahminan, serta Konsul Agung Brunei Darussalam di Sarawak, Sheikh Abdul Mahdani Datuk Paduka Sheikh Abdul Gani.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh hubungan diplomatik serta meneroka peluang kerjasama serantau secara inklusif dan mampan.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datu Abdullah Julaihi, Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Dzulkornain Masron serta Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Awang Zamhari Awang Mahmood. -UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak perlu lebih ramai tenaga mahir, pacu industri solar
Next: Lebih 1,500 peluang kerjaya menanti di Karnival Kerjaya MyFutureJobs, BCCK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.