Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak boleh ‘bebas’ Proklamasi Darurat
  • TEMPATAN

Sarawak boleh ‘bebas’ Proklamasi Darurat

Utusan Sarawak 4 years ago
ABANG Johari menjawab soalan para wartawan ketika melawat mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Haji Kamaruddin Kampung Segedup, Batu Kawa, Kuching, semalam.

KUCHING: Sarawak boleh ‘bebas’ dari Proklamasi Darurat sekiranya mengekalkan rekod baik dalam mengawal penularan Covid-19.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, jika keadaan Covid-19 di negeri ini semakin menurun dan meyakinkan, Yang Di-Pertuan Agong boleh perkenan pengisytiharan proklamasi lain khas bagi Sarawak.

“Ia (Proklamasi Darurat) adalah termaktub di peruntukan Perlembangaan 150 1 (1)(2), dan ada (2a)(2b) di bawahnya. Itu adalah kunci utama.

“Yang Di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan darurat bagi seluruh negara, maka itu akan menurutinya dengan penuh taat.

“Namun, sekiranya kita (Sarawak) boleh menyakinkan Yang Di-Pertuan Agong bahawa kita mempunyai perubahan dan peningkatan dalam mengawal Covid-19 ini, baginda mungkin akan memperkenankan proklamasi yang lain untuk kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Haji Kamaruddin Kampung Segedup, Batu Kawa, di sini semalam.

Menurut beliau, mana-mana negeri di Malaysia turut boleh ‘diangkat’ daripada Proklamasi Darurat sekiranya berjaya mengawal kes Covid-19 dengan meyakinkan.

“Katakanlah Sarawak berjaya mengawal dan keadaan menjadi lebih baik, kita boleh menyakinkan Yang Di-Pertuan Agong, dan negeri lain turut boleh melalukannya.

“Untuk rekod, kita sama seperti Perlis, namun kes meningkat akibat Kluster Pasai Tiong baru-baru ini, dan ia terus meningkat kerana orang ramai membuat ujian saringan,” jelasnya.

Tambahnya, angka tiga digit yang direkodkan di Sarawak mungkin akan terus menaik, namun ia boleh dikawal sekiranya orang awam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan lebih ketat.

Mengulas lanjut mengenai darurat, Abang Johari tidak menafikan pilihan raya mungkin akan diadakan sejurus selepas mendapat perkenan dan pengistiharan daripada Yang Di-Pertuan Agong.

“Kalau Sarawak ‘bebas’ dari darurat, tidak mustahil kita akan mengadakan pilihan raya.

“Namun, ia hanya andaian kerana ini berkaitan dengan darurat dan ia tertakhluk di bawah perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

“Setiap keputusan muktamad yang diisytiharkan dan diperkenankan oleh baginda, kita perlu patuh,” tegasnya.

Oleh AKMAL ADIB YUSUP

Continue Reading

Previous: Abang Jo lawat mangsa banjir
Next: 560 jalani saringan di Kampung Serikin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.