Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Sarawak berpotensi untuk pengeluaran hub baharu nanas
  • BISNES

Sarawak berpotensi untuk pengeluaran hub baharu nanas

Utusan Sarawak 5 years ago
TEMU BUAL… Dato’ Sri Nancy Shukri ketika ditemui media selepas lawatan di Ladang Nanas Sungai Mata.• Foto AKMAL ADIB YUSUP

KOTA SAMARAHAN: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) optimis dalam merancakkan sektor pelancongan domestik di Sarawak khususnya di sekitar Samarahan.

Menterinya, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata, pihak kementerian sedia menyahut seruan bagi membantu mempromosikan produk ekopelancongan di Samarahan ini yang jelas berpotensi besar untuk bersaing dalam pasaran tempatan.

“Ladang nanas yang berkeluasan 800 ekar ini bukan sahaja memfokuskan penanaman nanas, malah tanaman lain seperti buah kristal dan sayur-sayuran serta ternakan kambing menjadi tumpuan utama di sini.

Menurutnya, ladang nanas yang diuruskan seramai 100 lebih usahawan ini perlu dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap dan sempurna bagi keselesaan penduduk di ladang ini.

“Mereka (pengusaha) berhasrat untuk mendirikan inap desa agar dapat menarik pelancong bertandang bagi merasai keistimewaan suasana di sini.

Beliau menambah, pihak kementeriannya tidak ada masalah dalam menyediakan latihan kepada pengusaha yang ingin mendirikan inap desa sebagai persiapan melayani pelancong kelak.

“Selain itu, terdapat banyak lagi lokasi di kawasan Muara Tuang dan Kota Samarahan berpotensi besar menjadi destinasi pelancongan yang berjaya.

“Oleh itu, saya berharap dengan adanya tarikan seperti ini, iamampu untuk melonjakkan ekonomi setempat kerana banyak hasil dan produk tempatan dijual sepanjang perjalanan ke sini,” tambahnya lagi.

Di samping itu, beliau juga menggalakkan warga tempatan untuk melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi agar dapat meningkatkan pendapatan mereka.

Terdahulu, Nancy mengunjungi Lembaga Koko Malaysia Kota Samarahan, Halaman Samarahan, Tasik Desa Ilmu dan Dewan Serbaguna Kampung Mang sebelum mengadakan lawatan ke Ladang Nanas Sungai Mata.

Turut mengiringi Ahli Parlimen Kota Samarahan; Rubiah Wang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang; Datuk Idris Buang, Ketua Setiausaha (KSU) MOTAC; Dato Dr Noor Zari Hamat dan wakil yang lain.

Oleh Akmal Adib Yusup

Continue Reading

Previous: Fusionex dukung Platform Pameran Maya #MyAPEC2020 MATRADE
Next: Pasaran getah ditutup kukuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.