Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarawak berpotensi jadi peneraju serantau teknologi dron dan eVTOL
  • Selatan
  • WILAYAH

Sarawak berpotensi jadi peneraju serantau teknologi dron dan eVTOL

Utusan Sarawak 2 days ago
PERASMIAN….Lee menyempurnakan majlis perasmian Seminar Keselamatan Penerbangan 2025 (Wilayah Tengah Sarawak) ‘Langit yang Selamat dan Terjamin: Ke Arah Pembinaan Ekosistem Dron yang Bertanggungjawab’ di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), hari ini.

SIBU: Sarawak berpotensi menjadi peneraju serantau dalam pembangunan Ekonomi Altitud Rendah melalui penggunaan teknologi dron dan Teknologi Pelepasan dan Pendaratan Menegak Elektrik (eVTOL) bagi menangani cabaran logistik serta mobiliti di kawasan pedalaman negeri ini.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, teknologi berasaskan ekonomi altitud rendah diiktiraf di peringkat global sebagai sektor baharu yang muncul pesat, menjadi pemacu pertumbuhan dalam bidang penerbangan, logistik, perkhidmatan digital dan mobiliti canggih.

“Kita dapat melihat kemajuan pesat di peringkat antarabangsa. Di China, ekonomi altitud rendah dijangka menjadi industri bernilai trilion yuan menjelang 2030, dengan sokongan kuat kerajaan serta projek perintis seperti logistik dron dan pengangkutan penumpang eVTOL.

“Singapura pula melaksanakan ujian pengurusan trafik tanpa pemandu dan projek penghantaran dron rentas sempadan, menjadikannya hab mobiliti udara bandar di ASEAN.

“Kesatuan Eropah (EU) pula memperkenalkan rangka kerja ‘U-space’ bagi menyelaraskan peraturan dan memastikan integrasi dron ke dalam ruang udara awam secara selamat. Contoh-contoh ini menunjukkan bagaimana negara lain memposisikan diri mereka untuk memanfaatkan industri transformasi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Aviation Safety Seminar 2025 (Wilayah Tengah Sarawak) ‘Langit yang Selamat dan Terjamin: Ke Arah Pembinaan Ekosistem Dron yang Bertanggungjawab’ di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), hari ini.

Lee percaya Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sedang membangunkan peraturan menyeluruh mengenai sistem pesawat kawalan jauh, manakala beberapa inisiatif juga sedang diteroka untuk pengurusan trafik tanpa pemandu dan koridor mobiliti udara masa depan.

Menurutnya, Sarawak dengan keluasan tanah yang besar dan komuniti pedalaman yang bertaburan, kini bergantung kepada pesawat kecil yang beroperasi di lapangan terbang landasan pendek (STOLports) operasi yang sering bergantung kepada keadaan cuaca.

“Dalam konteks ini, ekonomi altitud rendah melalui penggunaan dron dan teknologi eVTOL berpotensi menjadi penyelesaian baharu untuk cabaran logistik dan mobiliti di wilayah ini menghubungkan komuniti luar bandar secara lebih selamat, cekap dan lestari.

“Kita mengalu-alukan pelaksanaan projek perintis di kawasan luar bandar seperti penghantaran bekalan perubatan ke klinik pedalaman, pemantuan pertanian dan pengurusan tanaman, pemetaan serta perlindungan alam sekitar dan ujian mobiliti udara komuniti menggunakan prototaip eVTOL,” kata beliau.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan, Datu Wong Hee Sieng, Naib Canselor UTS, Profesor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Limbang bertindak pantas hantar pesakit tidak sedarkan diri ke hospital
Next: JPJ Sarawak keluarkan 40 notis ketidakakuran dalam operasi gempur di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.