Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak berdepan kemarau, pemantauan titik panas dipertingkat
  • TEMPATAN

Sarawak berdepan kemarau, pemantauan titik panas dipertingkat

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ditemui media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Bil. 3/2026 di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

PETRA JAYA: Sarawak kini berdepan cuaca panas dan kering yang mencetuskan kebimbangan terhadap risiko kebakaran terbuka, meskipun setakat ini tiada titik panas dikesan di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pemantauan rapi terus dijalankan termasuk di kawasan negara jiran seperti Sumatera dan Kalimantan bagi mengesan sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan keadaan di Sarawak.

Menurut beliau, situasi cuaca panas yang baharu bermula itu telah menyaksikan lapan kejadian kebakaran dilaporkan di beberapa kawasan termasuk Mukah, Betong, Samarahan (Simunjan), Sarikei, Miri dan Lawas dalam tempoh beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan semua kebakaran tersebut berjaya dikawal hasil kerjasama pelbagai agensi berkaitan.

“Ini merupakan satu amaran awal kepada seluruh rakyat Sarawak kerana musim panas dan kering ini baru bermula. Kita telah mengarahkan semua jawatankuasa pengurusan bencana di peringkat bahagian dan daerah untuk bersiap siaga,” katanya ketika ditemui media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Bil. 3/2026 di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ditemui media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Bil. 3/2026 di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Foto Shahrul Qaizat

Tambah beliau, kawasan tanah gambut seperti Kuala Baram dan Mukah dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi kebakaran, justeru pemantauan perlu dipertingkat dan tindakan segera diambil sekiranya berlaku kebakaran.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka kerana ia boleh menyebabkan kebakaran tidak terkawal dalam keadaan cuaca panas dan kering.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi direkodkan di Miri, namun masih berada pada tahap sederhana dan belum mencapai tahap berbahaya.

Selain risiko kebakaran, Uggah berkata kerajaan negeri turut memberi perhatian terhadap isu kekurangan bekalan air dengan mengarahkan agensi berkaitan untuk memantau kawasan terjejas dan mengambil tindakan segera.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Peniaga peroleh banyak manfaat hasil penggunaan meluas S Pay Global
Next: Jangan panik beli minyak petrol, bekalan di Sarawak masih stabil

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.