Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SARAWAK BAYAR TUNGGAKAN PTPTN
  • TEMPATAN

SARAWAK BAYAR TUNGGAKAN PTPTN

Utusan Sarawak 4 years ago
SUMBANGAN KERAJAAN… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Majlis Ringkas Penyerahan Dua Bas Sumbangan Kerajaan Sarawak, kepada Politeknik Mukah dan Politeknik Metro Betong di pekarangan Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, semalam.

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan membantu para pelajar Sarawak untuk membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tertunggak sebagai pemberian insentif seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memperuntukkan RM30 juta untuk tujuan pemberian insentif tersebut.

Beliau berkata demikian, pada sidang media yang diadakan bersempena majlis ringkas untuk menyerahkan dua buah bas sumbangan Kerajaan Sarawak, kepada Politeknik Mukah dan Politeknik Metro Betong di pekarangan Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, semalam.

Menurut beliau, Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak telah mengadakan rundingan dengan PTPTN untuk menentukan kaedah pembayaran balik tunggakan kepada pihak PTPTN.

“Sekarang ini baru sahaja selesai perbincangan antara Yayasan Sarawak dan PTPTN. Jadi, sudah ada formula bagi kita membantu pelajar Sarawak menyelesaikan tunggakan dengan PTPTN yang mana kita telah menyediakan peruntukan sebanyak RM30 juta,” jelas beliau.

Oleh ‘AINI ‘AFIFAH HAFIZ

Continue Reading

Previous: Kontraktor kesal aduan tidak diambil tindakan
Next: KM terima kunjungan hormat Lembaga Pengarah i-CATS UC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.