Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarawak bakal tubuh Pusat AI perkukuh infrastruktur digital
  • Tengah
  • WILAYAH

Sarawak bakal tubuh Pusat AI perkukuh infrastruktur digital

Utusan Sarawak 11 hours ago
UNTUK KENANGAN…. Chieng merakam kenangan bersama para peserta pada Program Celik Kecerdasan Buatan (AI) SABERKAS Sarawak Zon Tengah di Perpustakaan Awam Sibu, petang tadi.

SIBU: Dalam menghadapi arus perkembangan teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI), kerajaan Sarawak bakal menubuhkan sebuah Pusat AI bagi menerajui inisiatif kerajaan dalam penggunaan dan integrasi teknologi tersebut ke dalam infrastruktur digital di Bumi Kenyalang.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pusat ini amat penting dalam usaha memacu inovasi dan mengetengahkan Sarawak sebagai pusat penyelidikan dan perkembangan AI.

“Salah satu inisiatif utama pusat ini adalah program ‘AI untuk Pertanian Pintar’, yang menggunakan analitik data berkuasa AI untuk mengoptimumkan hasil tanaman dan mempromosikan kelestarian dalam pertanian. 

“Pusat ini juga mempelopori projek dalam bidang kesihatan, seperti analitik prediktif untuk pengesanan awal penyakit, dan meningkatkan kecekapan tenaga melalui sistem grid pintar yang digerakkan oleh AI,” katanya.

TAHNIAH….Chieng menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil peserta Program Celik Kecerdasan Buatan (AI) SABERKAS Sarawak Zon Tengah di Perpustakaan Awam Sibu, petang tadi.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh wakilnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng merasmikan Majlis Penangguhan Program Celik Kecerdasan Buatan (AI) Saberkas Sarawak Zon Tengah di Perpustakaan Awam Sibu, petang tadi.

Abdul Karim berkata, inisiatif Pembangunan Bakat AI juga turut dilancarkan dalam menekankan komitmen kerajaan Sarawak untuk memanfaatkan AI sebagai pemacu utama transformasi digital di pelbagai sektor. 

Dalam konteks ini, katanya, kerajaan Sarawak telah membentuk Unit AI dalam perkhidmatan awam dan membangunkan pusat data AI untuk mengukuhkan keupayaan kerajaan.

“Untuk mencapai usaha ini, kerajaan Sarawak akan bekerjasama rapat dengan pakar industri, pakar akademik, pihak berkuasa persekutuan, dan badan antarabangsa, memastikan sumbangan yang bermakna dalam perjalanan transformasi AI di Sarawak,” ujarnya.

Menurut beliau, kerajaan Sarawak mencatat satu lagi pencapaian penting dalam bidang teknologi global apabila memperkenalkan KETEQ AI, peranti penukar kuasa pertama di dunia yang berasaskan AI dan dibangunkan sepenuhnya oleh bakat tempatan Sarawak.

“Pencapaian ini adalah antara hasil utama di bawah inisiatif Pelan Hala Tuju Semikonduktor Sarawak 2030 yang bertujuan menjadikan Sarawak sebagai hab berteknologi tinggi di rantau Asia Tenggara,” kata beliau.

Katanya lagi, Sarawak komited untuk bukan sahaja mencapai kecemerlangan, malah meletakkan diri sebagai rantau yang diiktiraf di peringkat global untuk inovasi, kemajuan teknologi dan pertumbuhan mampan dengan tidak meminggirkan komponen utama strategi ini termasuk tadbir urus data yang kukuh dan penciptaan persekitaran digital yang selamat.

“Harapan saya agar anda semua dapat menimba ilmu sepanjang program ini diadakan dan sekiranya berkelapangan, bolehlah berkongsi idea dan maklumat yang anda pelajari hari ini dengan sahabat di luar sana agar sasaran kita di Saberkas khasnya dan kerajaan Sarawak amnya dalam merealisasikan pembudayaan AI dalam kehidupan, dapat tercapai,” katanya.

Seramai 70 peserta dari Saberkas Cawangan Zon Tengah meliputi 23 kawasan Dewan Undangan Negeri dari DUN Kuala Rajang hingga ke DUN Baleh. 

Program Celik Kecerdasan Buatan (AI) pada kali ini merupakan siri yang ke- 2. Sebelum ini, Program Celik Kecerdasan Buatan (AI) ini telah diadakan di Zon Utara pada awal Ogos. 

Turut hadir Setiausaha Eksekutif Saberkas Sarawak mewakili Pengerusi Jawatankuasa Kecil Sains, Teknologi dan Inovasi Saberkas Sarawak, Iszuan Haroni.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SBC terajui latihan pengadil badminton di Sarawak
Next: 67 anjing divaksin di Sibu Jaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.