Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Sarawak bakal punyai DeepSar, aplikasi terjemahan AI untuk bahasa lokal
  • TEKNOLOGI

Sarawak bakal punyai DeepSar, aplikasi terjemahan AI untuk bahasa lokal

Utusan Sarawak 3 weeks ago
UNTUK ALBUM… Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakam kenangan bersama pelajar CENTEXS, hari ini.

DALAT: Sarawak bakal mempunyai aplikasi penterjemah Kecerdesan Buatan (AI) kursus untuk bahasa-bahasa tempatan yang dikenali sebagai DeepSar.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata teknologi berkenaan akan dibangunkan oleh Sistem Maklumat Sarawak (SAINS), seiring aspirasi kerajaan negeri memperkukuh ekonomi baharu berasaskan teknologi.

“DeepSar akan beroperasi seperti platform penterjemahan pintar setara aplikasi global, memudahkan pelancong berinteraksi menggunakan teknologi mudah alih.

“Aplikasi ini bukan kecerdasan buatan kompleks, tetapi lebih kepada terjemahan bahasa tanpa risiko penyalahgunaan,” katanya ketika merasmikan Kampus Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) Dalat di sini, hari ini.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (lima dari kanan) ketika merasmikan Kampus CENTEXS Dalat, hari ini.

Abang Johari berkata, pembangunan aplikasi itu menepati keperluan memperkukuh kemahiran bahasa dan digital rakyat Sarawak, di samping membuka peluang luas kepada ekonomi baharu negeri.

Mengenai CENTEXS, Abang Johari berkata pusat itu menjadi landasan penting melatih anak muda Sarawak menguasai kemahiran bersesuaian dengan ekonomi baharu dan perkembangan teknologi.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri terus memberi penekanan terhadap pembangunan pendidikan dan bakat, termasuk melalui penubuhan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat yang menyatukan ketiga-tiga sektor utama tersebut.

Beliau menambah, kerajaan memperuntukkan RM665 juta untuk pendidikan percuma di Sarawak, angka yang jauh mengatasi kebanyakan negeri lain.

Dengan pendapatan negeri mencecah RM12 bilion serta kutipan cukai RM4.5 bilion seperti dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, beliau menegaskan kerajaan terus mencari sumber baharu bagi memperkukuh pendidikan dan ekonomi negeri.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Sarawak perkukuh penguasaan STI lahirkan generasi pencipta teknologi
Next: Pasukan SKYLUX SMK Chung Hua Miri rangkul naib johan Anugerah Inovasi Aramco 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.