Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak bakal peroleh kuasa penuh gubal undang-undang alam sekitar
  • TEMPATAN

Sarawak bakal peroleh kuasa penuh gubal undang-undang alam sekitar

Utusan Sarawak 6 days ago
 DATUK Dr. Hazland Abang Hipni berucap di Penutupan Program Libat Urus Pemegang Taruh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB).

KUCHING: Sarawak bakal melakar sejarah baharu apabila dijangka memperoleh kuasa penuh menggubal undang-undang alam sekitar sendiri melalui pelaksanaan Artikel 95(c) Perlembagaan Persekutuan pada Disember ini.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni berkata, langkah itu akan memberi negeri ini autonomi sepenuhnya dalam aspek tadbir urus alam sekitar selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Dengan pindaan ini, Sarawak bakal diberi kuasa menggubal undang-undang sendiri berkaitan alam sekitar.

“Suspensi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di bawah Artikel 95(c) akan membolehkan Sarawak mula mengawal pengurusan buangan terjadual, sebagai langkah awal ke arah pemindahan kuasa penuh,” katanya.

PENUTUPAAN Program Libat Urus Pemegang Taruh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB).

Beliau berkata demikian ketika Penutupan Program Libat Urus Pemegang Taruh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) di sini, hari ini.

Tambah beliau, persediaan ke arah pelaksanaan kuasa tersebut telah pun dibuat melalui Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar 2024 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

“NREB juga kini dalam proses merangka peraturan subsidiari agar Sarawak benar-benar bersedia apabila kuasa perundangan itu dipindahkan kelak.

“Langkah ini sejajar dengan usaha Sarawak memperkukuh tadbir urus alam sekitar, meningkatkan ketelusan serta memastikan pembangunan negeri berjalan seiring dengan agenda kelestarian,” jelasnya.

Selain isu autonomi, Datuk Dr. Hazland turut menekankan kepentingan semua pihak kerajaan, perunding, pemaju dan masyarakat untuk memikul tanggungjawab bersama dalam memastikan pembangunan Sarawak selari dengan prinsip kemampanan.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: PVTLDM Sarawak terima pengiktirafan di Tugu Negara
Next: Kerajaan Sarawak pertimbang geran khas untuk pemburu buaya – Len Talif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.