Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak bakal peroleh kuasa penuh alam sekitar, Akta Persekutuan akan dikecualikan
  • SEMASA

Sarawak bakal peroleh kuasa penuh alam sekitar, Akta Persekutuan akan dikecualikan

Utusan Sarawak 4 hours ago
ABANG Johari berucap pada majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2025 di Bintulu, malam tadi.

BINTULU: Sarawak bakal memperoleh kuasa penuh dalam menentukan dasar dan hala tuju alam sekitar negeri, apabila kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengecualikan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 melalui pengeluaran Perintah di bawah Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata pengecualian itu dijangka dibentangkan di Parlimen pada Disember ini, selaras dengan usaha memperkukuh hak autonomi negeri seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Ini bermakna kita sedang melangkah ke arah mengambil alih kuasa penuh untuk menentukan dasar dan hala tuju alam sekitar negeri kita sendiri, mengikut keperluan, kepentingan dan aspirasi rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2025 yang berlangsung di Lapangan Terbang Lama Bintulu, malam tadi.

Perkembangan penting itu adalah hasil Mesyuarat Majlis Tindakan Perlaksanaan MA63 yang diadakan di Kuching pada 12 September lalu, dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri.

Mesyuarat tersebut mengesahkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memulihkan hak-hak Sarawak, termasuk dalam hal ehwal pengurusan alam sekitar yang selama ini tertakluk di bawah bidang kuasa Persekutuan.

Dengan kuasa yang bakal diperoleh ini, kerajaan Sarawak berpeluang merangka peraturan alam sekitar yang lebih sesuai dengan keperluan dan realiti tempatan, selain memperkukuh agenda pembangunan mampan.

Langkah ini juga dijangka menyokong sasaran pelepasan karbon sifar menjelang 2050, sejajar dengan komitmen alam sekitar yang lebih lestari di peringkat negeri dan global.

“Sarawak bukan sekadar sebahagian daripada Malaysia, tetapi rakan kongsi setara dalam membina negara bangsa,” tegas Abang Johari.

Oleh Carolyne Utih

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Hari Malaysia lambang tekad perpaduan dalam kepelbagaian – PM
Next: Sarawak eksport 500,000 tan metanol, perkukuh status hab petrokimia serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.