Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak bakal bina kompleks khas ‘Bangunan Sarawak’ di Kuala Lumpur – Premier Sarawak
  • SEMASA

Sarawak bakal bina kompleks khas ‘Bangunan Sarawak’ di Kuala Lumpur – Premier Sarawak

Utusan Sarawak 11 hours ago
SOAL JAWAB… Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika sesi dialog awam bersama Premier Sarawak sempena Lan Berambeh Anak Sarawak 2025 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak akan membangunkan kompleks khas dikenali sebagai Bangunan Sarawak di Kuala Lumpur dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi menyediakan kemudahan penginapan dan ruang pertemuan untuk anak Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata tanah bagi tujuan pembinaan kompleks tersebut telah dikenal pasti, dan ia akan turut menempatkan kemudahan asrama pelajar serta pusat interaksi komuniti Sarawak di ibu negara.

“Antara isu yang sering dibangkitkan oleh anak-anak Sarawak di Semenanjung adalah kesukaran mencari tempat penginapan, terutama bagi mereka yang tidak tinggal di dalam kampus.

“Sebab itu, hasil maklum balas daripada Lan Berambeh Anak Sarawak tahun lalu, saya telah menilai cadangan itu dan kini kita sudah mengenal pasti satu kawasan tanah di Kuala Lumpur untuk membangunkan Bangunan Sarawak.

“Dalam masa tiga tahun, insya-Allah, bangunan itu akan berdiri teguh di tengah-tengah Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi dialog awam bersama Premier Sarawak sempena Lan Berambeh Anak Sarawak 2025 yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, hari ini.

Abang Johari berkata, bangunan tersebut juga akan menjadi simbol kehadiran rasmi Sarawak di Kuala Lumpur dan menjadi pusat perhubungan antara kerajaan negeri dengan rakyatnya di Semenanjung.


“Bangunan Sarawak ini bukan sekadar tempat tinggal, tetapi juga pusat berkumpul dan berinteraksi untuk anak-anak kita di Semenanjung.

“Kita juga sudah mempunyai pegangan majoriti dalam Affin Bank, dan secara kebetulan, bangunan bank tersebut terletak di Tun Razak Exchange (TRX).

“Rumah Sarawak akan ditempatkan di bangunan berkenaan, bersama Pejabat Dana Kekayaan Berdaulat (Sovereign Fund) serta beberapa agensi kerajaan negeri yang lain,” jelasnya.

Menurut beliau, langkah ini menunjukkan komitmen kerajaan Sarawak dalam memastikan kebajikan dan hubungan rapat dengan rakyatnya di luar negeri terus diperkukuh.

“Kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap keperluan anak-anak Sarawak yang menuntut dan bekerja di Semenanjung, termasuk melalui bantuan wang saku dan kemudahan baharu seperti ini,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: MA63: Sarawak perlu berani ambil langkah konkrit, bukan sekadar menunggu
Next: PM Jepun tiba di Malaysia hadiri Sidang Kemuncak Asean ke-47

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.