Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak-Australia sepakat perkukuh kerjasama tenaga bersih, kelestarian alam sekitar
  • SEMASA

Sarawak-Australia sepakat perkukuh kerjasama tenaga bersih, kelestarian alam sekitar

Utusan Sarawak 4 weeks ago
PERSETUJUAN kerjasama dicapai semasa kunjungan hormat Menteri Perdagangan, Perniagaan dan Hubungan Asia Australia, Robyn Cahill, kepada Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni di sini, semalam.

KUCHING: Sarawak dan Australia bersetuju untuk mempererat kerjasama dalam usaha mencapai matlamat peralihan tenaga bersih dan kelestarian alam sekitar.

Persetujuan itu dicapai semasa kunjungan hormat Menteri Perdagangan, Perniagaan dan Hubungan Asia Australia, Robyn Cahill, kepada Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni di sini, semalam.

Kedua-dua pihak menyatakan kesediaan memperkukuh kerjasama khususnya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, pertukaran pengetahuan teknikal, serta penyelidikan bersama.

Robyn Cahill menyifatkan pendekatan Sarawak dalam bidang kelestarian dan peralihan tenaga sebagai progresif serta sejajar dengan matlamat Australia, menjadikan Sarawak sebagai rakan strategik penting bagi masa depan tenaga mampan.

Datuk Dr Hazland turut berkongsi inisiatif utama kementeriannya seperti Dasar Peralihan Tenaga Sarawak (SET-P), Pelan Induk Kelestarian Sarawak 2030 (SSB) dan Pelan Hala Tuju Ekonomi Hidrogen Sarawak (SHER) yang membentuk kerangka pembangunan ekonomi hijau berteraskan tenaga boleh diperbaharui, pengurangan karbon dan teknologi bersih.

Kedua-dua pihak juga bersetuju bahawa pertukaran kepakaran teknikal dan kerjasama penyelidikan serta pembangunan dapat memberi manfaat bersama, termasuk projek perintis pengeluaran hidrogen, teknologi penangkapan karbon dan penyelesaian berasaskan alam semula jadi.

Selain itu, perbincangan turut merangkumi peluang kerjasama antara industri dan institusi akademik serta usaha membina kapasiti tenaga kerja.

Pertemuan berakhir dengan komitmen bersama merangka pelan tindakan kerjasama serta memastikan komunikasi berterusan melalui platform teknikal dua hala.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Jabatan Perdagangan, Perniagaan dan Hubungan Asia Australia, Kelly Ralston dan Presiden Dewan Perniagaan Sarawak-Australia, Rodger Chan.

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Projek Tukun Tiruan Fasa 2 dilancar, 300 unit ditanam di Lawas
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah hadiri Majlis Bacaan Doa Akhir, Awal Tahun Hijrah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.