Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak perkukuh kerjasama pengurusan krisis, bencana
  • SEMASA

Sarawak perkukuh kerjasama pengurusan krisis, bencana

Utusan Sarawak 6 hours ago
KUNJUNGAN… Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, menerima kunjungan hormat Laksamana Muda Bersara Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS), Peter Gautier, dalam satu pertemuan yang menumpukan perbincangan berkaitan pengurusan krisis dan bencana, khususnya kecemasan maritim, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, menerima kunjungan hormat Laksamana Muda Bersara Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS), Peter Gautier, dalam satu pertemuan yang menumpukan perbincangan berkaitan pengurusan krisis dan bencana, khususnya kecemasan maritim di sini, hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai pendekatan pengurusan bencana dan krisis, termasuk potensi pemindahan serta penyesuaian teknologi pemodelan pengesanan cuaca dan perancangan pemindahan awal bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta keupayaan tindak balas bencana, terutamanya untuk komuniti pesisir pantai dan kawasan sungai di Sarawak.

Perbincangan turut menekankan kepentingan kerjasama institusi, pembangunan kapasiti dan pertukaran pengetahuan sebagai asas dalam meningkatkan daya tahan bencana negeri, merangkumi aspek latihan, bantuan teknikal serta perkongsian amalan terbaik dalam penyelarasan kecemasan dan sistem perintah serta kawalan.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak berkongsi pengalaman luas beliau dalam mengendalikan pelbagai situasi bencana di negeri ini, termasuk banjir, pandemik COVID-19, kebakaran dan insiden jerebu.

Sementara itu, wakil Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur turut membentangkan program kerjasama sedia ada dan berpotensi melibatkan bidang pendidikan, komunikasi, pembangunan kepimpinan serta biodiversiti.

Dalam lawatan beliau ke Sarawak, Laksamana Muda (Bersara) Gautier berada di Sarawak bagi menyampaikan syarahan umum di Pustaka Negeri Sarawak bertajuk ‘From Crisis to Cooperation: Case Studies in U.S. Maritime Incident Management’.

Pertemuan tersebut turut dihadiri beberapa pegawai kanan kerajaan negeri serta wakil agensi berkaitan. 

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sepanjang 9 tahun, Abang Johari pimpin Sarawak ke arah pembangunan progresif
Next: Penambahbaikan SARA pastikan bantuan lebih tersusun, bersasar – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.