Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak antara tujuh negeri dijangka alami ribut petir, hujan lebat
  • SEMASA

Sarawak antara tujuh negeri dijangka alami ribut petir, hujan lebat

Utusan Sarawak 2 days ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah serta di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Labuan hingga 1.00 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak manakala di Pahang membabitkanTanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Maran dan Kuantan.

“Sarawak melibatkan Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Julau), Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi),” menurut kenyataan itu hari ini.

Di Sabah pula kawasan terlibat ialah Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu, Sandakan, Tongod dan Kinabatangan.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Harga minyak mentah melonjak lebih lima peratus susulan pengumuman sekatan AS
Next: LPKP Sarawak enforces mandatory speed limitation device installation for commercial vehicles

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.