Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarawak antara negeri catat skor perpaduan tertinggi negara
  • Tengah
  • WILAYAH

Sarawak antara negeri catat skor perpaduan tertinggi negara

Utusan Sarawak 5 hours ago
ZUKIFLI (dua kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada KRT Bahagian Sibu.

SIBU: Sarawak merupakan antara negeri yang mencatatkan skor perpaduan tertinggi di Malaysia berdasarkan penilaian Indeks Perpaduan Nasional (IPNas), kata Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Zukifli Hashim.

Beliau berkata, dalam penilaian peringkat negeri, Sarawak berada di kedudukan ketiga tertinggi selepas Pahang dan Melaka.

“Sarawak sering dijadikan contoh terbaik perpaduan kaum di negara ini, yang bukan sekadar persepsi tetapi turut dibuktikan melalui pengukuran IPNas yang menilai tahap perpaduan rakyat Malaysia.

“Kejayaan ini tidak berlaku secara kebetulan, sebaliknya hasil kepimpinan yang baik serta hubungan harmoni antara masyarakat berbilang kaum di wilayah ini,” katanya.

UNTUK ALBUM… Zukifli (duduk tengah) merakam kenangan bersama ahli KRT pada Majlis Segulai Sejalai Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bahagian Sibu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Segulai Sejalai Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bahagian Sibu di sebuah hotel di sini, semalam.

Dalam pada itu, Zukifli berkata, skor perpaduan negara menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurutnya, skor perpaduan negara pada 2018 adalah sebanyak 0.567 sebelum meningkat kepada 0.629 pada 2022 dan seterusnya kepada 0.701 pada 2025.

“Peningkatan ini menunjukkan tahap perpaduan rakyat Malaysia semakin baik dan usaha memupuk keharmonian dalam kalangan masyarakat terus membuahkan hasil,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap perpaduan yang kukuh di Sarawak akan terus diperkasakan serta dijadikan contoh kepada negeri-negeri lain di seluruh negara.

“Marilah kita bersama-sama mengangkat agenda perpaduan demi masa depan Malaysia yang lebih aman, harmoni dan sejahtera,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik) Kementerian Perpaduan Negara Mohamad Sobri Mat Daud; Setiausaha Bahagian Kolaborasi Strategik kementerian itu Zaimy Shaari; Pegawai Perpaduan Bahagian JPNIN Sibu Jendri Mangku serta Pengerusi Pengelola Program Ibrahim Omar.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bandar Limbang dilanda banjir kilat 
Next: Saberkas Meradong agih 300 pek bubur lambuk di Bazar Ramadan Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.