Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak 2026: Fokus pelaksanaan dan hasil di bawah PCDS 2030
  • TEMPATAN

Sarawak 2026: Fokus pelaksanaan dan hasil di bawah PCDS 2030

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENGERUSI SUPP Stakan yang juga Penasihat SHEDA, Dato Sim Kiang Chiok.

KUCHING: Pengerusi SUPP Stakan yang juga Penasihat SHEDA, Dato Sim Kiang Chiok, menyatakan sokongan penuh terhadap gesaan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, agar tumpuan diberikan kepada aspek akauntabiliti, pelaksanaan serta pencapaian hasil sebenar ketika Sarawak memasuki fasa penting pembangunan pada 2026.

Menurut beliau, penekanan Premier Sarawak itu amat tepat dan bertepatan dengan keperluan semasa, khususnya apabila kejayaan kepimpinan dan tadbir urus kini tidak lagi diukur berdasarkan jumlah perancangan yang diumumkan, sebaliknya melalui hasil nyata yang dapat dinikmati oleh rakyat.

“Selari dengan pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) serta berpandukan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), pendekatan berdisiplin dalam pelaksanaan projek, pemilikan tanggungjawab yang jelas serta pencapaian hasil yang boleh diukur adalah suatu keperluan mendesak.

“Kerajaan Sarawak telah membina asas yang kukuh menerusi institusi yang mantap, pengurusan fiskal berhemah, mekanisme pembiayaan inovatif serta dasar berpandangan jauh.

“Apa yang diperlukan sekarang ialah pelaksanaan yang tegas, pembuatan keputusan yang tepat pada masanya dan penyelarasan berkesan di peringkat pelaksanaan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa kelemahan yang telah dikenal pasti seperti kerenah birokrasi, pertindihan kuasa, kelewatan berlebihan serta sebarang bentuk rasuah perlu ditangani secara tegas dan menyeluruh.

“Kelemahan tersebut bukan sahaja menjejaskan kepercayaan rakyat, malah meningkatkan kos serta melambatkan penyampaian perkhidmatan dan projek kepada rakyat.

“Prosedur seharusnya memudahkan kemajuan, bukannya menjadi penghalang, manakala integriti mesti kekal sebagai prinsip yang tidak boleh dikompromi di semua peringkat pelaksanaan,” jelasnya.

Tambah beliau, Sarawak memiliki segala kelebihan termasuk sumber dan pendapatan mampan, tadbir urus yang baik, perkhidmatan awam yang berkeupayaan, tenaga kerja mahir, teknologi yang semakin maju serta sokongan padu rakyat.

“Dengan semangat perpaduan, ketelusan dan pelaksanaan yang berani, Sarawak berupaya mencapai matlamat untuk menjadi sebuah negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Ini sekali gus dapat memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai secara menyeluruh oleh rakyat, selaras dengan semangat Segulai Sejalai,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: Kecurian rim tayar di apartment timbulkan persoalan keselamatan
Next: Bot nelayan kotak diarah berpindah dari jeti selepas sedekad berlabuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.