Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sarang tebuan sebesar tong sampah dimusnahkan, APM Spaoh bertindak pantas
  • WILAYAH

Sarang tebuan sebesar tong sampah dimusnahkan, APM Spaoh bertindak pantas

Utusan Sarawak 6 hours ago
MUSNAH… Anggota APM Spaoh telah memusnahkan sarang tebuan tanah yang dianggarkan bersaiz sebesar tong sampah di SMK Spaoh, semalam. Foto APM Spaoh

SPAOH: Kehadiran sarang tebuan tanah yang dikesan di kawasan kediaman seorang guru di sini berjaya dimusnahkan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Spaoh, selepas bimbang dengan risiko keselamatan penghuni dan warga sekolah berhampiran.

​Kejadian bermula apabila mangsa, Cikgu Afendi, menyedari kelibat beberapa ekor serangga berbisa itu berterbangan secara agresif di kawasan tepi rumahnya. 

Bimbang ancaman tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan keluarganya, beliau segera menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan kecemasan.

​Menurut kenyataan media APM Daerah Spaoh, pihaknya menerima panggilan daripada pengadu melalui talian Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) yang memohon khidmat khas memusnahkan sarang serangga berkenaan dengan kadar segera.

​Sejurus maklumat diperolehi, sepasukan anggota telah digerakkan ke lokasi bagi melakukan pemantauan dan pemeriksaan awal. Langkah ini penting bagi memastikan jenis ancaman dan teknik pemusnahan yang paling selamat dapat dipraktikkan di kawasan tersebut.

​Seramai tiga anggota daripada Skuad Charlie telah digerakkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Spaoh dengan kelengkapan logistik yang mencukupi. 

MUSNAH… Anggota APM Spaoh telah memusnahkan sarang tebuan tanah yang dianggarkan bersaiz sebesar tong sampah di SMK Spaoh, semalam. Foto APM Spaoh

Operasi tersebut difokuskan kepada sarang tebuan tanah yang dianggarkan bersaiz sebesar tong sampah, terletak di bahagian dinding rumah.

​Bagi memastikan keselamatan anggota, operasi dilakukan dengan memakai set lengkap Pakaian Pelindung Diri (PPE) atau ‘baju lebah’. 

Teknik semburan bahan kimia khas (Ridsect) digunakan bagi melumpuhkan koloni tebuan tersebut sebelum sarangnya dialihkan sepenuhnya dari premis berkenaan.

​APM Spaoh mengesahkan bahawa operasi tersebut berjalan lancar tanpa sebarang kecederaan dilaporkan melibatkan anggota mahupun orang awam. 

​Pihak APM turut menasihati orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendirian sekiranya menemui sarang serangga berbisa. Orang awam diminta menghubungi talian kecemasan 083-473006 atau Mers 999 untuk mendapatkan bantuan kepakaran bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf pembetung atasi banjir kilat di Sungai Sadit
Next: Jalan perhubungan desa bernilai RM500,000 di Kali Kaba telah siap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.