SARIKEI: Tindakan pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei berjaya menghapuskan sarang tebuan yang ditemui di belakang sebuah rumah di Lorong 1A, Jalan Fortuna.
Ketua BBP Sarikei, Vincent Baling berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.35 malam tadi.
“Tiga anggota bomba diketuai oleh komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Tamizi Abdul Karim bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.
“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat sarang tebuan yang berada di atas sebatang pokok pada ketinggian kira-kira 4.5 meter di belakang rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, komander operasi terlebih dahulu melakukan penilaian awal di lokasi bagi memastikan kaedah pemusnahan dapat dilaksanakan dengan selamat dan berkesan.
“Anggota bomba menggunakan satu unit peralatan khas pencolok api LPG untuk memusnahkan sarang tebuan tersebut.
“Khidmat khas memusnahkan sarang tebuan selesai sepenuhnya pada 8.53 malam,” katanya.
Oleh Earl Anek



