Sarang tabuan tanah di loteng stor kuarters guru berjaya dimusnahkan

Facebook
WhatsApp
MUSNAH SARANG TABUAN... Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Marudi menjalankan operasi memusnahkan sarang tabuan tanah (gamang) yang ditemui di loteng stor kuarters guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tutoh Apoh, Long Panai, semalam. Foto APM Marudi

MARUDI: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Marudi berjaya memusnahkan sarang tabuan tanah (gamang) di loteng stor kuarters guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tutoh Apoh, Long Panai, semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung penemuan sarang tabuan itu pada 4.07 petang.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan, sepasukan tiga anggota APM yang diketuai oleh Pbt. (PA) Zamri Bujang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi pada 8.14 malam, pasukan operasi bertemu dengan pengadu, Sulaiman Ismail, yang kemudian menunjukkan lokasi sarang tabuan berkenaan.

“Operasi pemusnahan dilakukan menggunakan semburan racun serangga dan berjaya memusnahkan sarang tabuan berukuran  2 x 2 kaki itu sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, operasi ditamatkan pada 10.30 malam sebelum pasukan bertolak pulang ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi yang terletak 70 kilometer dari lokasi kejadian.

Katanya, pasukan operasi tiba di PKOD Marudi setelah memastikan kawasan berkenaan berada dalam keadaan selamat.

Oleh Jiku Juguong

Juanda santuni warga emas uzur di Igan

IGAN: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya menyantuni enam warga emas yang uzur

Antara Dua Diam

HARI pertama aku pegang dia. Kecil. Cerah kulitnya, ikut mak. Tangisannya kuat, seolah-olah dia belum bersedia menghadapi dunia. “Abang nak