
BINTANGOR: Sarang serangga berbisa di dinding luar salah sebuah rumah di Jalan KJD, Batu 4 telah dimusnahkan oleh pihak bomba pada malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 6.27 petang semalam.
“Respons dengan panggilan kecemasan, tiga orang bomba diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Bakar Ujang bergegas ke lokasi.
“Sampai di lokasi, didapati sarang serangga berbisa berada di dinding luar rumah pengadu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, sarang serangga berbisa dimusnah menggunakan dua tin semburan racun serangga.
“Khidmat khas di lokasi selesai dalam tempoh lebih kurang 21 minit.
“Operasi selesai sepenuhnya pada 7.20 malam,” katanya.
Oleh Earl Anek