Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Sarang penagih berkawat duri di Bintangor tumpas
  • JENAYAH

Sarang penagih berkawat duri di Bintangor tumpas

Utusan Sarawak 6 hours ago
PONDOK yang dipercayai digunakan sebagai lokasi urusan jual beli dadah ditemui di kawasan hutan semasa operasi dijalankan. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Sarang penagih dadah yang diperkukuh dengan kawat duri di kawasan hutan Jalan Hing Kwong, Kelupu, di sini akhirnya tumpas selepas diserbu sepasukan Tindakan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong dalam Ops Tapis Khas awal pagi semalam.

Serbuan bermula sekitar 5.30 hingga 11.30 pagi itu dilakukan hasil risikan polis berhubung aktiviti penyalahgunaan dan jual beli dadah yang dipercayai berlaku secara terbuka di kawasan berkenaan.

DITAHAN… Penahanan 15 lelaki, terdiri daripada 14 lelaki tempatan berusia antara 19 hingga 40 tahun serta seorang lelaki warga Indonesia berusia 38 tahun. Foto IPD Meradong

Menurut IPD Meradong, operasi tersebut membawa kepada penahanan 15 lelaki, terdiri daripada 14 lelaki tempatan berusia antara 19 hingga 40 tahun serta seorang lelaki warga Indonesia berusia 38 tahun.

Hasil saringan air kencing mendapati 13 lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine, manakala seorang lagi lelaki tempatan didapati negatif dan dibebaskan. 

ANGGOTA Tindakan Khas IPD Meradong melakukan serbuan di kawasan hutan Jalan Hing Kwong, Kelupu, Bintangor awal pagi semalam. Foto IPD Meradong

Semakan lanjut turut mendapati tujuh daripada mereka mempunyai rekod kesalahan dadah terdahulu.

Kesemua tangkapan dibawa ke Balai Polis Bintangor untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

KAWAT duri di bahagian hadapan pondok bagi melambatkan serbuan polis serta memudahkan pengedar melarikan diri. Foto IPD Meradong

Polis turut mendedahkan taktik licik sindiket penjualan dadah yang membina dua pondok khas sebagai lokasi menunggu pembeli, lengkap dengan pagar kayu dan kawat duri di bahagian hadapan bagi melambatkan serbuan polis serta memudahkan pengedar melarikan diri.

Penagih dilaporkan tidak dibenarkan memasuki kawasan dalam pondok, sebaliknya urusan jual beli dilakukan melalui pagar kayu yang disediakan.

Pemeriksaan lanjut ke atas pondok tersebut tidak menemui dadah, namun beberapa straw kosong disyaki digunakan untuk menagih dijumpai.

LOKASI sarang penagih dadah di kawasan hutan Jalan Hing Kwong, Kelupu, Bintangor yang diserbu polis awal pagi semalam. Foto IPD Meradong

“Masalah dadah ketika ini semakin serius. Kita akan meneruskan operasi sebegini secara lebih giat bagi membanteras gejala dadah di Daerah Meradong,” tegasnya.

Polis turut menggesa masyarakat agar bekerjasama menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah di kawasan masing-masing dengan menghubungi IPD Meradong di talian 084-693222, selain menekankan kepentingan peranan komuniti, institusi keluarga, sekolah dan institusi keagamaan dalam memerangi ancaman dadah.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Wanita warga emas rugi RM706,000 akibat penipuan panggilan telefon
Next: APMM Zon Maritim Bintulu tahan bot penumpang beroperasi tanpa nakhoda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.