Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • SARA untuk semua dikreditkan hari ini, kategori sejuk beku ditambah – MoF
  • NASIONAL

SARA untuk semua dikreditkan hari ini, kategori sejuk beku ditambah – MoF

Utusan Sarawak 5 hours ago
BARANGAN keperluan asas dipilih oleh penerima Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan 2026 ketika tinjauan Bernama di Happy Farm Frest Mart, Petra Jaya. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Untuk Semua mula disalurkan hari ini membabitkan peruntukan RM2.2 bilion dan memberikan manfaat kepada lebih 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia dewasa, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Menerusi satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan penerima akan mendapat RM100 secara sekali beri (one-off) yang boleh digunakan hingga 31 Disember 2026.

“SARA Untuk Semua membolehkan isi rumah menerima bantuan berganda bergantung pada jumlah ahli dewasa yang layak.

“Sebagai contoh, keluarga dengan suami, isteri dan dua anak berumur 18 tahun ke atas akan menerima keseluruhan RM400, tidak termasuk bantuan SARA Bulanan sekiranya berkelayakan,” menurut kenyataan itu.

MoF memaklumkan berdasarkan maklum balas rakyat, kerajaan turut menambah baik kemudahan pembelian dengan meluaskan kategori barangan kepada makanan sejuk beku, menjadikan 15 kategori keseluruhannya.

Langkah itu juga meningkatkan jumlah barangan yang layak dibeli kepada 140,000 jenis barangan.

Selaras dengan Perutusan Tahun Baharu 2026 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan menyasarkan 10,000 kedai runcit kecil sebagai Rakan Niaga SARA menjelang hujung tahun, manakala jarak kedai runcit terdekat dikurangkan daripada 10 kilometer kepada tujuh kilometer.

Orang ramai boleh menyemak status pengkreditan serta soalan lazim (FAQ) melalui portal rasmi https://sara.gov.my.

MoF turut mengingatkan penerima supaya berwaspada dengan pautan palsu dan cubaan penipuan, serta kementerian tidak pernah meminta maklumat peribadi melalui SMS atau WhatsApp, dan sebarang maklumat terkini hanya boleh dirujuk menerusi portal rasmi STR.- Bernama

Continue Reading

Previous: PM Anwar, Modi adakan mesyuarat dua hala perkukuh hubungan Malaysia-India
Next: Kerajaan lulus RM19.5 juta untuk pembinaan, naik taraf jalan ladang di Sarawak sejak 2023

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.