Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • SARA untuk semua: Bantuan sekali beri RM100 dikreditkan melalui MyKad mulai Isnin
  • NASIONAL

SARA untuk semua: Bantuan sekali beri RM100 dikreditkan melalui MyKad mulai Isnin

Utusan Sarawak 4 hours ago
MENTERI Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Program SARA Untuk Semua yang menyediakan bantuan sekali beri RM100 melalui MyKad kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan mula disalurkan bermula Isnin depan (9 Februari).

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata semakan kelayakan boleh dibuat mulai hari ini dengan melayari portal sara.gov.my.

Beliau berkata peruntukan sebanyak RM2.2 bilion disediakan bagi memanfaatkan semua warganegara tanpa perlu membuat sebarang permohonan dan bantuan itu akan dikreditkan secara automatik ke MyKad penerima.

“Tiada permohonan diperlukan dan ia akan dikreditkan secara automatik ke MyKad masing-masing serta sah digunakan sehingga 31 Disember 2026,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Amir Hamzah menjawab soalan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (PH-Sekijang) mengenai jumlah peruntukan program SARA melalui sistem MyKasih yang dibelanjakan sepanjang 2025 dan nilai sebenar transaksi dijana dalam pasaran tempatan.

Program berkenaan adalah sebahagian daripada inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang bertujuan membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup melalui bantuan bersasar tanpa tunai.

Sementara itu, Amir Hamzah berkata kerajaan masih menjalankan kajian lanjut berhubung cadangan memasukkan barangan basah sebagai kategori baharu di bawah program SARA bagi memastikan aspek kualiti, keselamatan makanan dan jaminan kepada pengguna sebelum sebarang keputusan dapat dimuktamadkan.

Beliau berkata setakat 3 Februari lepas, jumlah rakan niaga SARA meningkat kepada 10,700 kedai di seluruh negara berbanding hanya 700 pada 2024, dan daripada jumlah itu 3,000 adalah peniaga kecil.

“Kami telah mendengar perutusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang menegaskan kami akan melebarkan lagi jaringan SARA dan disasarkan untuk tahun ini peningkatan untuk kedai runcit adalah sehingga 10,000 kedai.

“Ini juga akan mengurangkan liputan, dianggarkan jarak daripada kedai runcit yang terdekat kepada seorang penerima itu akan berkurang daripada 10 kilometer (km) kepada tujuh km,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Zaliha yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia mempertimbangkan untuk menambah baik syarat dan tempoh kelulusan permohonan sebagai rakan niaga SARA serta memasukkan barangan basah dalam kategori produk di bawah program berkenaan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Lebih 800,000 individu kerja sendiri carum skim lindungan kendiri
Next: Lebih 27,000 veteran ATM terima faedah kesihatan dan kebajikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.