Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • SARA RM100, STR fasa satu sehingga RM500 mula dikreditkan pada Januari
  • SEMASA

SARA RM100, STR fasa satu sehingga RM500 mula dikreditkan pada Januari

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR fail menunjukkan orang ramai membeli barangan keperluan di kaunter khas bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di pasar Raya Mydin baru-baru ini. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Bantuan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas sebanyak RM100 diteruskan tahun ini dan akan dikreditkan pada 9 Februari depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata bantuan itu membabitkan 22 juta rakyat Malaysia dan berharap ia akan digunakan bagi melakukan persiapan menyambut ketibaan Ramadan serta Tahun Baharu Cina.

“Bantuan ini dikreditkan pada 9 Februari bagi maksud persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Pada masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bantuan SARA untuk penerima miskin tegar akan dikreditkan pada 9 Januari manakala Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa satu yang berjumlah sehingga RM500 akan dikreditkan pada 20 Januari ini.

Anwar juga berkata pada tahun ini, kerajaan akan memperluas pendaftaran baharu program SARA kepada peniaga kecil termasuk kedai runcit bagi menangani isu masih terdapat penduduk kampung yang belum berdaftar dalam sistem sedia ada. 

Beliau berkata sasaran yang ditetapkan membabitkan 10,000 peniaga kecil dalam program SARA sekali gus memperluas manfaat bantuan itu di peringkat akar umbi.

Menyedari kebimbangan rakyat terhadap kenaikan harga barang, Perdana Menteri berkata Program Jualan Rahmah MADANI akan bermula pada 9 Januari ini dan dilaksana tiga kali sebulan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Beliau berkata secara keseluruhan, lebih 23,000 Jualan Rahmah MADANI akan diadakan, yang merangkumi 600 DUN dan 40 lokasi di Wilayah Persekutuan, bagi memastikan barangan asas dijual pada kadar lebih rendah berbanding harga pasaran setempat.

Selain itu, Perdana Menteri berkata sebanyak 5,000 Jualan Agro MADANI turut dilaksana dengan penjimatan harga antara 10 hingga 30 peratus bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak meningkat, Johor kekal setakat pagi ini
Next: Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang beberapa kawasan di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.