Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SARA anjur Forum dan Bengkel Kenderaan Elektrik Kebangsaan kedua di Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

SARA anjur Forum dan Bengkel Kenderaan Elektrik Kebangsaan kedua di Sibu

Utusan Sarawak 2 days ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Persatuan Juruteknik Kenderaan Sibu (SARA) akan menganjurkan Forum dan Bengkel Kenderaan Elektrik (EV) Kebangsaan Kali Kedua di Hotel Kingwood Sibu pada 8 dan 9 November ini.

Pengerusinya, Teo Nging Poh berkata, forum dua hari itu akan menampilkan sesi perkongsian kepakaran, bengkel teknikal serta peluang jaringan profesional dengan memberi tumpuan kepada perkembangan terkini dalam inovasi EV, teknologi pembaikan automotif dan amalan mampan dalam sektor pengangkutan.

“Forum ini akan menjadi platform kebangsaan yang menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan daripada sektor kerajaan, industri dan akademik bagi bertukar pandangan serta memperkukuh kerjasama ke arah mempercepatkan peralihan Malaysia menuju mobiliti lestari dan rendah karbon,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada hari pertama forum, peserta akan memulakan sesi dengan pendaftaran diikuti bengkel bertajuk ‘Perincian tanpa Cat – Seni PDR’ dan majlis perasmian akan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh.

Selepas jamuan tengah hari, bengkel kedua bertajuk ‘Pembaikan Kaca Automotif Profesional Sejernih Kristal’ akan dijalankan dari 1.00 tengah hari hingga 3.00 petang sebelum diakhiri dengan sesi rangkaian profesional pada 3.00 petang.

Hari kedua pula akan menampilkan sesi forum dengan pembentangan bertajuk ‘Membina Ekosistem Inovasi EV – Teladan dari Koridor Inovasi dan Sains G60 China’.

Selepas rehat tengah hari, sesi diteruskan pada 1.00 tengah hari dengan topik ‘Membina Ekosistem Pembaikan Rendah Karbon: Kes Jinan Junyou di China’, manakala forum akan ditutup dengan pembentangan bertajuk ‘Masa Depan Mobiliti Hijau Malaysia: Bagaimana Sarawak Memacu Tranformasi EV’.

Teo yang juga pengerusi penganjur forum berkata, penganjuran forum ini mencerminkan komitmen Malaysia yang semakin kukuh terhadap inovasi dan kelestarian dalam sektor automotif dan mobiliti.

“Acara ini menyediakan platform penting bagi para profesional industri, pembuat dasar dan penyelidik untuk mempelajari pengalaman antarabangsa serta meneroka penyelesaian praktikal bagi masa depan EV di Malaysia,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek Jalan Ulu Tinjar akhirnya dimulakan selepas bertahun tertangguh
Next: Isu sekolah daif luar bandar akan dibangkitkan dalam Persidangan DUN Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.