Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SAR tumpu pencarian di Batang Lupar
  • TEMPATAN

SAR tumpu pencarian di Batang Lupar

Utusan Sarawak 5 years ago
OPERASI SAR mangsa serangan buaya semalam diteruskan dengan pencarian kini tertumpu di perairan Sungai Batang Lupar.

LINGGA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa serangan buaya Kong Gindi, 47, semalam diteruskan dengan pencarian kini tertumpu di perairan Sungai Batang Lupar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman, PPgB William Baheng berkata pencarian mangsa yang memasuki hari kedua semalam berkisar pada pencarian di batang sungai dan sepanjang perairan Sungai Batang Lupar yang diperluaskan sehingga 3 kilometer (KM).

William berkata usaha itu bagaimanapun masih lagi gagal menemukan mangsa biarpun pencarian telah diperluaskan sehingga 3KM dari lokasi serangan buaya tempoh hari.

“Tumpuan SAR hari ini (semalam) diperluaskan ke kawasan darat, batang sungai dan Sungai Batang Lupar.

“Radius pencarian adalah sejauh 3KM iaitu ke hilir sungai dan hulu sungai dengan menggunakan bot milik bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan PDRM serta perahu milik penduduk kampung,” katanya kepada media semalam.

William berkata pencarian yang memasuki hari kedua semalam berjalan lancar lantaran cuaca yang cukup elok.

Namun katanya usaha operasi SAR ternyata belum membuahkan hasil sehinggalah operasi di tangguhkan seketika jam 6.00 petang.

Beliau berkata, pihaknya akan meluaskan lagi kawasan pencarian esok (hari ini) dengan meredah ke kawasan yang lebih dalam di celah-celah pokok di kawasan sungai terbabit.

Tambahnya, pakaian yang digunakan oleh mangsa semasa kejadian ialah baju berwarna biru, seluar pendek berwarna hitam dan berkasut getah.

Dalam pada itu, penduduk kampung pada Jumaat lalu ternampak jasad mangsa di tebing sungai bersama buaya tersebut, iaitu kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian. Bagaimanapun apabila mereka menghampirinya, buaya itu telah menarik semula lelaki itu masuk ke sungai.

Terdahulu mangsa Kong Gindi, 47, disambar oleh sang bedal ke dasar Sungai Seduku, dalam satu kejadian serangan buaya di Rumah Panjang Tuntun, di sini pagi Jumaat lalu.

Sewaktu kejadian, mangsa bersama seorang rakan, Saji Thomas, 52, sedang memeriksa dan mencuci perahu sekitar jam 9.30 pagi.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Pergerakan antara bahagian di Kuching, Samarahan tidak digalakan
Next: Hilang sekelip mata dibaham sang bedal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.