Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • SAR anggota polis dikhuatiri lemas diteruskan hari ini
  • KEMALANGAN

SAR anggota polis dikhuatiri lemas diteruskan hari ini

Utusan Sarawak 4 weeks ago
TAKLIMAT sebelum memulakan operasi pencarian mangsa.

PETRA JAYA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang anggota polis yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Tun Salahuddin, Petra Jaya diteruskan masuk hari ketiga hari ini.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, operasi SAR hari ketiga dimulakan seawal 6.30 pagi dengan penglibatan pasukan bomba dari BBP Padungan dan BBP Batu Lintang bersama Unit Penyelam (PPDA).

PASUKAN SAR di lokasi kejadian masih mencari mangsa.

“Pasukan SAR memulakan pencarian menggunakan satu bot penyelamat dengan teknik pencarian permukaan air (water surface searching) melibatkan anggaran jarak satu kilometer ke hulu dan ke hilir dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pagi ini.

Menurut Komander Operasi Kanan, TPgB II Tan Min Chai yang juga Ketua Balai BBP Padungan, teknik kedua turut dilaksanakan dengan lima bot daripada pelbagai agensi digerakkan seiring dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang menuju ke kawasan baraj.

“Dua dron dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut digunakan untuk membantu pencarian dari udara.

“Seramai sembilan anggota terlibat dalam operasi hari ini, termasuk empat anggota bomba serta lima anggota PPDA.

“Operasi turut disokong dengan penggunaan dua buah kenderaan pacuan empat roda, sebuah bot penyelamat dan sebuah unit EMRS,” jelasnya.

Antara agensi lain yang turut membantu di lokasi ialah Polis Marin Wilayah 5, Polis Bintawa, Unit Dron PDRM, Unit Dron APM, Pasukan Penyelamat di Air (LSS), APM dan Sarawak Coast Guard.

Setakat ini, operasi masih diteruskan dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan oleh pihak berkuasa.
Oleh Masrin Affirah

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Operasi SAR anggota polis dikhuatiri lemas masih temui ‘jalan buntu’
Next: Lantai rumah runtuh, enam dalam sekeluarga selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.