Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Santuni pesakit sempena Hari Krismas 2024
  • Utara
  • WILAYAH

Santuni pesakit sempena Hari Krismas 2024

Utusan Sarawak 5 months ago
SANTUNI PESAKIT… Steve Lius dan MAKSAK Wanita Bahagian Limbang berkongsi kemeriahan Krismas bersama pesakit di Hospital Lawas.

LAWAS: Saberkas Cawangan Ba’kelalan dan Bukit Sari telah menyertai Program Ziarah Kasih 2.0, sempena perayaan Hari Krismas 2024.

Program anjuran bersama Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Wanita Bahagian Limbang telah menyantuni pesakit di wad kanak-kanak, wanita, lelaki dan pusat rawatan dialisis Hospital Lawas baru-baru ini.

Exco Saberkas Sarawak Steve Lius mengucapkan terima kasih kepada Saberkas Cawangan Bukit Sari dan wakil jabatan yang terlibat dalam aktiviti penyerahan tersebut.

“Kita berharap akan dapat menjalankan lebih banyak program seumpama ini pada masa akan datang kerana ini juga sebagai asbab kebaikan untuk kita semua, ” katanya kepada media.

Steve juga menjelaskan Saberkas Sarawak turut mempunyai program Saberkas Prihatin bertujuan menyantuni golongan yang kurang bernasib baik.

Ini merupakan pendekatan Saberkas untuk memperkasakan belia Sarawak agar sentiasa rapat dengan masyarakat.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Meet & Greet, Pencegahan Jenayah Siber di Pasar Lawas
Next: Media jambatan utama antara Bintulu Port, masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.