Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Santubong negeri kedua tertua di Kepulauan Melayu
  • TEMPATAN

Santubong negeri kedua tertua di Kepulauan Melayu

Utusan Sarawak 3 years ago

TERTARIK… Penduduk Kampung Santubong menghadiri Seminar Warisan Sejarah Santubong di Kampung Santubong.

KUCHING: Santubong yang kaya dengan keindahan alam semulajadi sebenarnya merupakan negeri kedua tertua di Kepulauan Melayu.

Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) Datu Sanib Said berkata, tapak tersebut sudah wujud sekitar 300 Sebelum Masihi (SM).

Menurutnya, terdapat beberapa bukti yang ditemui sekarang termasuk Pasu Melayu di Tanjong Kubur berhampiran Pasir Pandak dan Bukit Tegok (Santubong).

“Nilai sejarah ini perlu diangkat dan diceritakan. Saya juga ada menulis buku bertajuk ‘Negeri Santubong, Sejarah Awal Sarawak, 300SM – 1647.

“Santubong mempunyai banyak nilai sejarah dan menjadi tapak arkeologi terbesar di Asia Tenggara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Seminar Warisan Sejarah Santubong di Kampung Santubong semalam.

Menurutnya, AKYBMS juga kerap mengadakan bengkel dan ceramah bagi memberikan kefahaman kepada masyarakat mengenai nilai sejarah sebenar.

“Ia penting dalam usaha kita untuk mengajak belia mendalami sejarah,” ujarnya.

Beliau berkata, memahami nilai sejarah penting untuk melengkapkan pengetahuan dan meningkatkan jati diri.

“Belia juga tidak sepatutnya ketinggalan dan mengetahui secara lebih mendalam mengenai sejarah,” jelasnya.

Terdahulu bersempena Seminar Warisan Sejarah Santubong, Sanib berbicara mengenai Sejarah Santubong, Sejarah Awal Sarawak.

Bicara warisan tersebut turut menampilkan Timbalan Pengerusi Badan Hak Adat Melayu Sarawak (BAHAM) Syed Hossin Wan Hamit yang membicarakan mengenai Tanah Hak Adat Melayu Sarawak.

Continue Reading

Previous: Daftar belia 18 – 28 tahun
Next: Pendigitalan ‘nadi’ pertumbuhan ekonomi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.