Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Sangka pemandu mabuk, orang ramai bakar kereta
  • NASIONAL

Sangka pemandu mabuk, orang ramai bakar kereta

Utusan Sarawak 5 years ago
KERETA yang dipandu seorang wanita terbabas ke tepi jalan bagi mengelakkan haiwan melintas jalan raya dibakar beberapa penduduk kampung yang berang dan marah dengan kemalangan itu kerana menyangka pemandu kereta terbabit mabuk. • Foto PDRM

TASEK GELUGOR:  Polis menafikan kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta  dan dua motosikal masing-masing ditunggang dua beradik kembar adalah disebabkan pemandu kereta berkenaan mabuk, sehingga orang ramai membakar kereta itu dalam kejadian di Jalan Ara Kuda, di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, kemalangan pada jam 9.50 malam Khamis itu berlaku selepas wanita berusia 56 tahun berkenaan yang memandu kereta Kia Spectra  terbabas ke laluan bertentangan untuk mengelak haiwan yang melintas.

“Berdasarkan siasatan awal, wanita yang merupakan pekebun sayur itu dari arah Kubang Semang hendak balik ke rumahnya di Bumbung Lima setelah selesai menghantar sayur. Sebaik sampai di Jalan Ara Kuda, kereta tersebut telah terbabas ketika mengelak haiwan yang berada di laluannya sebelum masuk ke laluan bertentangan.

“Dua remaja lelaki berumur  14 tahun yang sedang menunggang dua motosikal datang dari arah bertentangan gagal mengelak menyebabkan mereka melanggar bahagian tepi kanan kereta itu. Dua beradik kembar itu masing-masing patah kaki kanan serta cedera pada muka dan tangan sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, beberapa penduduk kampung yang berang dan marah dengan kemalangan itu kerana menyangka pemandu kereta terbabit  mabuk telah bertindak membakar kenderaan tersebut yang berada di tepi jalan lokasi kejadian.

Noorzainy berkata, hasil pemeriksaan dan ujian saringan awal pernafasan menggunakan alat SD2+ ke atas pemandu itu mendapati wanita tersebut negatif alkohol dan tidak memandu dalam keadaan mabuk.

“Pemandu wanita yang tidak mengalami kecederaan itu kemudiannya membuat laporan polis berhubung kemalangan dan kejadian keretanya dibakar. Kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kami juga menjalankan siasatan menurut Seksyen 435 Kanun Keseksaan berhubung kejadian kereta dibakar itu,” katanya.

Menurutnya, polis juga telah mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kejadian bakar kereta milik pekebun sayur itu dan usaha mengesan mereka giat dijalankan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri dalam apa juga kejadian, sebaliknya menghubungi polis dan jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta menyalurkannya kepada pihak polis.

“Saya juga minta orang ramai tidak terus berkongsi berita tidak benar yang disiarkan di beberapa laman di Facebook. Polis juga akan siasat penulis berita tersebut kerana maklumat yang ditulis tidak betul,” katanya. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Permohonan Ahmad Maslan didengar 9 Julai
Next: Kebiasaan baharu penamaan calon PRK CHINI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.