Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sang juara ke Qatar
  • SUKAN

Sang juara ke Qatar

Utusan Sarawak 4 years ago
TUNJUK BELANG….Para Pemain Perancis meraikan kemenangan selepas membelasah Kazakhstan 8-0 semalam sekali gus layak ke pusingan akhir Piala Dunia Qatar 2022.• Foto AFP

Juara bertahan, Perancis layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar selepas membelasah Kazakhstan 8-0 semalam dibantu empat gol Kylian Mbappe manakala Belgium turut  mengesahkan tiket mereka.

Skuad kendalian Didier Deschamps mengatasi Kazakhstan di Parc des Princes dekat Paris bagi mendahului Kumpulan D dengan Karim Benzema meledak dua gol manakala Adrien Rabiot dan Antoine Griezmann juga menemui gawang.

Benzema memberitahu televisyen M6: “Kami mendapat gol, kami tidak dibolosi dan kami bermain bola sepak yang bagus.”

Belgium, yang tewas di tangan Perancis pada separuh akhir kejohanan pada 2018, memastikan tempat di Qatar apabila menewaskan Estonia 3-1 di Brussels untuk mendahului Kumpulan E.

Christian Benteke membuka akaun Belgium sebelum Yannick Carrasco dan Thorgan Hazard melengkapkan tugas mereka.

Gol saguhati Estonia dijaringkan Erik Sorga.

Sementara itu, Kylian Mbappe berkata juara bertahan, Perancis akan ke pusingan akhir Piala Dunia tahun depan untuk memenanginya selepas dia mencipta empat gol ketika menang 8-0 mengatasi Kazakhstan bagi mengesahkan tempat ke temasya itu.

Bintang Paris Saint-Germain, Mbappe meledak hatrik pada babak pertama, menjadikan dia pemain Perancis pertama melakukannya dalam saingan kompetitif antarabangsa sejak Dominique Rocheteau pada 1985.

Dia menambah jaringan keempat pada lewat permainan bagi melengkapkan kemenangan Perancis seterusnya menempah tiket ke Qatar.

“Bola rasmi perlawanan sudah ada dalam loker saya,” kata Mbappe.

“Perkara paling penting ialah kelayakan, kerana kami mahu memberikan diri kami peluang bagi mempertahankan gelaran milik kami.

“Menang Piala Dunia ialah satu impian, satu sasaran, ia segala-galanya dan peluang unik untuk bermain dalam pasukan yang boleh memenanginya. Kami ke sana untuk memenanginya.” – AFP

Continue Reading

Previous: Sokong kembalikan prestasi
Next: PERJUANGAN belum berakhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.