Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sang bedal salah alamat
  • TEMPATAN

Sang bedal salah alamat

Utusan Sarawak 3 years ago

KE TAMAN PERMAINAN… Buaya sepanjang 10 kaki yang menimbulkan keresahan penduduk akhirnya berjaya ditangkap sepasukan lapan anggota JBPM, pagi tadi.

KUCHING: Penduduk di kawasan Taman Serambi, di sini digemparkan dengan penemuan seekor sang bedal di sini, hari ini.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerusi satu kenyataan memberitahu buaya jantan tersebut dilaporkan berada di dalam parit di taman permainan di Taman Serambi.

Setelah menerima panggilan kecemasan pada 10.16 pagi hari ini, sepasukan anggota bomba seramai lapan orang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikerahkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, Komander Operasi lapor terdapat seekor buaya berada di dalam parit di sebuah Taman permainan beralamat di Taman Serambi.

“Pasukan bomba mengambil langkah mengikat mulut buaya bagi mengelak risiko bahaya,” katanya.
Buaya jantan sepanjang 10 kaki tersebut kemudian diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC).

Continue Reading

Previous: Mayat nelayan ditemukan terapung
Next: Lantik Menteri Luar Bandar dari Sarawak, Sabah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.