Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Sandra Oh tinggalkan TV demi opera
  • HIBURAN

Sandra Oh tinggalkan TV demi opera

Utusan Sarawak 8 hours ago
PELAKON Kanada/Amerika Syarikat, Sandra Oh (tengah) menjalani raptai untuk opera komedi La Fille du Régiment karya Gaetano Donizetti di Metropolitan Opera pada 14 Oktober 2025. Foto AFP

NEW YORK: Terkenal menerusi peranannya dalam siri televisyen Grey’s Anatomy dan Killing Eve, pelakon Sandra Oh mengakui dirinya berasa ‘takjub’ dengan keajaiban dunia teater ketika beliau bersiap untuk penampilan sulung dalam dunia opera di New York, Jumaat ini.

Dalam La Fille du Regiment, sebuah opera komedi karya komposer Itali, Gaetano Donizetti, pelakon kelahiran Kanada-Amerika itu membawakan watak sebagai Duchess of Krakenthorp, seorang bangsawan yang dengan berat hati mengahwinkan anak lelakinya.

Watak tersebut tidak melibatkan nyanyian, sebaliknya disampaikan melalui lakonan bersuara — dan dalam bahasa Perancis.

“Dia sangat tegas dan pemarah, dan saya dapati amat sukar untuk kekal serius apabila muzik paling indah sedang dimainkan tepat di depan mata saya,” kata Oh sambil tertawa dalam satu temu bual bersama AFP selepas sesi raptai penuh pada Selasa.

SANDRA Oh ditemu bual selepas raptai penuh untuk opera komedi La Fille du Régiment karya Gaetano Donizetti di Metropolitan Opera. – AFP

Penampilan sulungnya di pentas Metropolitan Opera berlaku secara tidak sengaja apabila pengurus besar institusi berprestij itu menawarkannya peranan selepas menyaksikan persembahannya dalam pementasan Twelfth Night karya Shakespeare di teater terbuka Central Park, musim panas lalu.

“Untuk berada di pentas sebesar ini dan menjelajahi dunia agung opera, serta berlatih bersama barisan artis terkemuka… ia sesuatu yang sangat luar biasa,” katanya.

“Saya ingin merasai pengalaman itu. Dalam hidup dan kerjaya saya, saya memang sentiasa mencuba perkara baharuterutamanya yang menakutkan,” tambah pelakon berusia 54 tahun itu.

Antara perkara yang paling mengejutkannya ialah betapa pantasnya tempo produksi opera, yang sangat bertentangan dengan persepsi umum bahawa opera bersifat perlahan atau lembut.

“Terdapat set yang sentiasa bergerak, orang keluar masuk sepanjang masa, dan anda akan diberitahu dengan tepat di mana anda perlu berada. Ia memang mengagumkan, tetapi juga agak ‘gila’,” katanya.

“Saya Dalam Fasa Komedi”

Kehadiran bintang televisyen terkenal seperti Sandra Oh di pentas Met dijangka menarik lebih ramai penonton — sesuatu yang amat diperlukan oleh institusi berusia itu, yang masih bergelut dari segi kewangan sejak pandemik COVID-19, dan kini berusaha memodenkan kandungan programnya.

Kemunculan Oh di atas pentas memakai gaun ungu, rambut dihiasi bulu dan mengibarkan kipas disambut sorakan dan jeritan teruja daripada pelajar sekolah New York yang dijemput menyaksikan raptai penuh.

SANDRA Oh (kiri) dan penyanyi mezzo-soprano Amerika Syarikat Susan Graham menjalani latihan. – AFP

Pemenang dua Anugerah Golden Globe itu menerusi lakonannya sebagai pakar bedah dalam Grey’s Anatomy dan ejen perisikan dalam Killing Eve teruja dengan peluang untuk memperkenalkan opera kepada golongan muda serta para peminatnya.

“Mereka dapat menyaksikan bagaimana penceritaan disampaikan dalam skala besar, bagaimana muzik berfungsi, dan melihat artis-artis terbaik dunia beraksi,” katanya.

Di atas pentas yang luas, Sandra Oh ternyata tidak tenggelam. Berbeza dengan kehalusan yang diperlukan dalam lakonan di hadapan kamera, suaranya yang lantang dan gerak lakunya yang dramatik memenuhi ruang sekali gus mengundang gelak ketawa penonton.

“Di pentas sebesar ini, anda perlu benar-benar peka dengan setiap gerakan,” jelasnya, sambil menambah bahawa untuk skrin, kamera akan menangkap ekspresi wajah secara terperinci.

“Sebagai pelakon, anda perlu mampu menguasai kedua-duanya.”

Secara kebetulan, Sandra Oh bakal muncul di pawagam Amerika bermula Jumaat ini menerusi filem komedi Good Fortune, bergandingan dengan Keanu Reeves, Seth Rogen dan Keke Palmer.

“Saya kini dalam fasa komedi semua karya saya sekarang ceria dan menyeronokkan.

Dan, anda tahu, saya cuma mahu membawa sedikit kegembiraan,” katanya menutup wawancara. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Eksklusif: “Saya mahu dunia tahu keindahan muzik Iban,” – Mawat
Next: Yang Se Chan dedah masih jalani rawatan kanser tiroid selepas 12 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.