Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • San Siro hilang hak tuan rumah final Liga Juara-Juara UEFA 2027
  • SUKAN

San Siro hilang hak tuan rumah final Liga Juara-Juara UEFA 2027

Utusan Sarawak 8 months ago
Stadium San Siro, yang dikongsi AC Milan dan Inter Milan, dimiliki oleh bandar raya itu. FotoAFP

MILAN: Final Liga Juara-Juara UEFA 2027 akan dipindahkan dari San Siro di Milan kerana ketidakpastian mengenai kemungkinan projek pengubahsuaian stadium tersebut, kata UEFA hari ini.

Badan induk bola sepak Eropah itu berkata San Siro kehilangan hak penganjuran final kerana Bandar Milan gagal menjamin tanah dan kawasan sekitarnya tidak akan terjejas oleh kerja-kerja baik pulih.

“Ia diputuskan untuk tidak menyerahkan hak penganjuran perlawanan akhir kepada Milan dan membuka semula proses bidaan untuk melantik tempat yang sesuai, dengan keputusan dijangka dilakukan pada Mei/Jun 2025,” tambah UEFA.

AC Milan dan Inter Milan, yang kedua-duanya bermain perlawanan tempat sendiri di San Siro, bulan ini menolak projek untuk memodenkan dan menyusun semula stadium ikonik itu, yang dimiliki oleh Bandar Milan.

Datuk Bandar Milan, Giuseppe Sala berkata kedua-dua kelab akan bersedia untuk melancarkan semula projek awal stadium baharu di sekitar San Siro, yang diabaikan tahun lalu selepas perbalahan politik dan birokrasi.

Awal tahun ini, AC Milan membeli tanah di pinggir Bandar San Donato Milanese, di tenggara Milan, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk berpindah di luar sempadan rasmi Bandar Milan dengan harapan akan lebih mudah mendapat kelulusan pembangunan.

Penyandang juara Serie A, Inter pula mengalihkan perhatian ke Bandar Rozzano dan Assago di selatan Milan, selepas menyuarakan kemungkinan membina di atas tanah bekas perindustrian di pinggir bandar utara yang berpenduduk padat, Sesto San Giovanni.

Pada 2026, San Siro akan menjadi tuan rumah majlis perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan-Cortina.

Sementara itu pegawai dari Bandar Marseille, Perancis menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2027.

“Mengapa tidak Marseille, di stadium paling indah di Perancis: Velodrom,” kata Timbalan Datuk Bandar Marseille yang bertanggungjawab bagi sukan, Sebastien Jibrayel di X.

“Dengan Datuk Bandar Benoit Payan, kami akan menyokong pencalonan Marseille untuk menjadi tuan rumah perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada 2027,” kata Jibrayel kepada media tempatan.

Kali terakhir Perancis menjadi tuan rumah perlawanan akhir Liga Juara-Juara adalah pada 2022, iaitu perlawanan antara Liverpool dan Real Madrid di Stade de France. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: City mara ke pusingan 16 terakhir
Next: Sng Wei Ming sasar dua emas di Kejohanan Remaja Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.