Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sampah bertaburan, kemudahan rosak cetus kekecewaan penduduk Pantai Bungai
  • Utara
  • WILAYAH

Sampah bertaburan, kemudahan rosak cetus kekecewaan penduduk Pantai Bungai

Utusan Sarawak 7 hours ago
ROSAK… Keadaan papan meja dan kerusi yang dicabut untuk digunakan sebagai kayu bakar di Pantai Bungai.

BEKENU: Penduduk Kampung Bungai meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pengunjung yang tidak bertanggungjawab apabila meninggalkan sampah serta merosakkan kemudahan awam di Pantai Bungai.

Tinjauan Utusan Sarawak di lokasi berkenaan hari ini mendapati keadaan tersebut benar-benar berlaku, sekali gus menjejaskan kebersihan dan keindahan pantai yang menjadi tumpuan ramai itu.

Seorang peniaga minuman di Tamu Pantai Bungai yang enggan dikenali berkata, insiden berkenaan berlaku pada Hari Raya kedua ketika jumlah pengunjung meningkat, khususnya dari luar kawasan.

Menurutnya, pelbagai jenis sampah seperti tin minuman, botol dan cawan plastik dibuang merata-rata serta ditinggalkan di atas meja.

SEDIH MELIHAT… Keadaan pelbagai jenis sampah seperti tin minuman, botol dan cawan plastik dibuang merata-rata di Pantai Bungai.

“Lebih menyedihkan, terdapat papan meja dan kerusi yang dicabut dan digunakan sebagai kayu bakar,” katanya.

Selain itu, kemudahan tandas awam turut dikotori apabila terdapat pengunjung yang membuang sampah sesuka hati.

Dalam pada itu, difahamkan hanya seorang pekerja pembersihan ditugaskan di kawasan tersebut, menyebabkan proses pembersihan menjadi perlahan berikutan jumlah sampah yang terlalu banyak.

Penduduk berharap agar kesedaran dalam kalangan pengunjung dapat ditingkatkan bagi menjaga kebersihan dan kemudahan awam demi kesejahteraan bersama serta kelestarian Pantai Bungai sebagai destinasi rekreasi.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Pasukan bomba selamatkan burung enggang cedera di Miri
Next: Indeks jenayah keseluruhan IPD Meradong turun 59 peratus setakat Mac 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.