Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Sambutan Tahun Baharu Cina serlah perpaduan rakyat Malaysia – PM Anwar
  • NASIONAL

Sambutan Tahun Baharu Cina serlah perpaduan rakyat Malaysia – PM Anwar

Utusan Sarawak 5 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA 2026 di Wisma MCA hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan bersama pelbagai kaum menyerlahkan semangat perpaduan rakyat di negara ini.

Beliau berkata kehadirannya pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA di sini hari ini adalah untuk bersama-sama meraikan perayaan itu yang disifatkan sebagai sambutan seluruh rakyat Malaysia.

“Saya hanya datang untuk sama-sama meraikan sambutan Tahun Baharu Cina yang dianjurkan oleh MCA dan ini bukan sahaja satu kumpulan, tetapi sambutan semua rakyat.

DATUK Seri Anwar Ibrahim menggaul yee sang pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA 2026 di Wisma MCA hari ini. Foto BERNAMA

“Saya lihat sambutan itu sangat baik dan menunjukkan perpaduan kita,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Anwar berkata Tahun Kuda yang disambut tahun ini melambangkan kekuatan dan tenaga yang diharap dapat memacu pertumbuhan ekonomi serta pembangunan negara. 

“Saya ingin ucapkan Tahun Kuda ini tahun kuda berapi yang memacu pertumbuhan yang lebih hebat dan segar. Kuda simbolnya kencang, kekuatan tenaga yang hebat dan menunjukkan mudah-mudahan prestasi ekonomi dan pembangunan rakyat Malaysia akan jauh lebih baik tahun ini,“ katanya.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu kenamaan lain antaranya bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bekas Presiden MCA Tan Sri Tan Koon Swan dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.

Pada majlis itu, Anwar bersama-sama tetamu kehormat menggaul Yee Sang, hidangan tradisional yang sinonim dengan sambutan Tahun Baharu Cina.

Mengikut kalendar lunar, tahun ini merupakan Tahun Kuda yang dalam kepercayaan masyarakat Cina melambangkan semangat, ketekunan dan kemajuan. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: SARA untuk semua medium kongsi rezeki, buat bekalan Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.