Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sambutan Tahun Baharu Cina cerminkan perpaduan kukuh Sarawak 
  • SEMASA

Sambutan Tahun Baharu Cina cerminkan perpaduan kukuh Sarawak 

Utusan Sarawak 3 hours ago
MENTERI Perpaduan Negara, Dato Aaron Ago Dagang ditemui media selepas menghadiri Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Sarawak 2026 di BCCK, hari ini. Foto UKAS.

KUCHING: Menteri Perpaduan Negara, Dato Sri Aaron Ago Dagang, menyifatkansambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Sarawak 2026 sebagai manifestasi kukuh perpaduandan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Beliau berkata, setiap kali perayaan utama diraikan di Sarawak, penyertaan pelbagaikumpulan etnik jelas memperlihatkan semangat integrasi yang menjadi kekuatan utamanegeri ini.

“Selamat menyambut Tahun Baharu Cina, Tahun Kuda. Saya melihat sambutan pada hari iniamat unik kerana ia menghimpunkan pelbagai kaum dan agama dalam suasana penuhmuhibah.

“Setiap kali majlis seperti ini diadakan, kita amat menghargai penglibatan semua pihak tanpamengira latar belakang. Inilah platform terbaik untuk kita terus memperkukuh integrasinasional,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri sambutan berkenaan di Pusat Borneo Konvensyen Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Menurut beliau, pendekatan meraikan kepelbagaian budaya melalui sambutan perayaanutama merupakan antara usaha berterusan Kementerian Perpaduan Negara dalammemperkasa keharmonian masyarakat.

Tambahnya, suasana meriah yang dizahirkan oleh seluruh lapisan masyarakat di Sarawak membuktikan bahawa nilai toleransi dan saling menghormati terus subur.

“Sambutan di Sarawak sentiasa meriah dan diraikan oleh semua masyarakat tanpa mengirabangsa dan agama. Inilah kekuatan sebenar kita,” ujarnya.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina bagimeneruskan jadual rasmi ke Sibu.

Sambutan tersebut menjadi simbol komitmen berterusan kerajaan dalam memastikanperpaduan nasional terus diperkukuh melalui penghayatan nilai kebersamaan dan hormat-menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.

Oleh Shikin Mahmud dan Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Dr Sim: Rumah terbuka cerminkan pembangunan inklusif Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.