

BATU NIAH: Sambutan Tahun Kuda 2026 di seluruh negara diserikan dengan harapan baharu agar tahun ini membawa tuah, kesihatan dan kemakmuran kepada semua masyarakat, khususnya komuniti Tionghua yang meraikan Tahun Baharu Cina.
Dengan semangat muhibah dan tradisi yang terus dipelihara, sambutan Tahun Baharu Cina 2026 diharap membawa sinar kebahagiaan, kesihatan berpanjangan serta limpahan rezeki buat seluruh warga Sarawak.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus berkata, perayaan yang penuh warna-warni ini bukan sahaja menampilkan tradisi makan besar bersama keluarga, tarian singa dan kunjungan sanak saudara, malah turut mengekalkan amalan pemberian angpau yang menjadi simbol penting dalam budaya masyarakat Cina sejak turun-temurun.
“Tahun Kuda yang sinonim dengan semangat, kekuatan dan ketangkasan diharap menjadi simbol kebangkitan baharu selepas pelbagai cabaran ekonomi dan kesihatan sebelum ini
“Angpau (sampul merah) lambang doa dan keberkatan berisi wang diberikan oleh golongan yang sudah berkahwin atau orang yang lebih tua kepada kanak-kanak serta individu yang belum berkahwin.
“Sampul berwarna merah melambangkan tuah dan kegembiraan, manakala wang di dalamnya membawa maksud doa agar penerima dilimpahi rezeki, kesihatan yang baik dan kehidupan yang sejahtera sepanjang tahun,” katanya ketika ditemui ketika mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina di sini hari ini.
Sementara itu, menurut Penghulu Pui Kuan Phen, kepercayaan tradisi pemberian angpau juga melambangkan perkongsian rezeki serta tanda kasih sayang dalam keluarga.
“Jumlah wang yang diberi kebiasaannya dalam angka genap kerana dipercayai membawa makna keseimbangan dan keharmonian.
“Di Sarawak, amalan pemberian angpau bukan sahaja terhad kepada kaum Tionghua, malah turut dikongsi bersama rakan-rakan pelbagai kaum dalam suasana rumah terbuka, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.
“Tahun Kuda yang sinonim dengan semangat, kekuatan dan ketangkasan diharap menjadi simbol kebangkitan baharu selepas pelbagai cabaran ekonomi dan kesihatan sebelum ini,” katanya.
Turut hadir, Timbalan Menteri Luar Negeri yang juga Ahli Parlimen Sibuti Dato Lukanisman Awang Sauni, Penghulu Epat Bakar, Penghulu Wan Fauzi, Penghulu Michael Balok dan para Kapitan Cina Daerah Subis.
Oleh Adum Liu