Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sambutan pelbagai perayaan satukan pelbagai kaum di Sarawak
  • TEMPATAN

Sambutan pelbagai perayaan satukan pelbagai kaum di Sarawak

Utusan Sarawak 8 hours ago
ADUN Krian, Friday Belik yang mewakili Uggah merasmikan Majlis Pengerami Ngiling Tikai Gawai Dayak Bahagian Betong 2025 di Dewan Terbuka SJK Min Syn Saratok, malam tadi. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Keunikan sambutan pelbagai perayaan di Sarawak terletak pada keharmonian dan kerjasama erat antara rakyat berbilang kaum yang sentiasa meraikan satu sama lain tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata sambutan pelbagai jenis perayaan di Sarawak juga adalah simbolik kepada keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

“Sambutan perayaan pelbagai kaum di negeri ini adalah menjadi platform untuk orang ramai mempelajari dan meraikan budaya kaum lain.

“Sarawak adalah masyarakat berbilang budaya, etnik dan agama yang mementingkan keamanan, keharmonian dan perpaduan rakyat sebagai asas kejayaan atau kemakmuran masa depan,” katanya.

ADUN Krian, Friday Belik yang mewakili Uggah merasmikan Majlis Pengerami Ngiling Tikai Gawai Dayak Bahagian Betong 2025 di Dewan Terbuka SJK Min Syn Saratok, malam tadi. Foto ADUN Kalaka

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengerami Ngiling Tikai Gawai Dayak Bahagian Betong 2025 di Dewan Terbuka Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Min Syn Saratok yang disempurnakan oleh ADUN Krian, Friday Belik yang mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas malam tadi.

Mohamad Duri menjelaskan majlis yang dihadiri lebih 800 pengunjung ini telah membuktikan tetamu hadir dari berbilang bangsa dan agama dapat duduk semeja meraikan Majlis Ngiling Tikai Gawai Dayak Bahagian Betong 2025.

Oleh itu, beliau percaya bahawa semua rakyat Sarawak telah menjadi satu keluarga yang sentiasa menjaga hubungan, kepentingan, kebajikan serta keperluan antara satu sama lain.

“Keakraban hubungan masyarakat majmuk di negeri ini menjadi tunjang utama kepada kemakmuran ekonomi negeri Sarawak,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Harden beri penghormatan terakhir bekas ahli SUPP meninggal dunia
Next: Ahli Parlimen Lubok Antu sokong PELASAR, tingkat kebajikan masyarakat di perantauan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.