Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sambutan Minggu Perpaduan 2026 di enam zon bermula April hingga Jun
  • SEMASA

Sambutan Minggu Perpaduan 2026 di enam zon bermula April hingga Jun

Utusan Sarawak 8 hours ago
SAMBUTAN Minggu Perpaduan (SMP) 2026 akan dilaksanakan di enam zon seluruh negara.

PUTRAJAYA: Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) 2026 akan dilaksanakan di enam zon seluruh negara bermula April hingga Jun ini bagi menyemarakkan semangat perpaduan serta meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap kepelbagaian adat dan budaya di Malaysia.

Majlis perasmian SMP 2026 dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Jun.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata sambutan kali ini merupakan tahun keempat pelaksanaan program berkenaan dengan tema “Bersama Membina Negara Bangsa.”

“SMP bukan sekadar acara ikonik Kementerian Perpaduan Negara (KPN), malah menjadi wadah penting dalam memperkukuh keharmonian dan memastikan keamanan negara terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata perpaduan yang utuh adalah benteng utama dalam mengekalkan kestabilan dan kesejahteraan Malaysia MADANI.

Aaron berkata program tahunan itu bertujuan memperluas pengetahuan, kefahaman dan penghayatan masyarakat terhadap nilai perpaduan sebagai asas keharmonian negara.

Menurut kenyataan itu, sambutan berkenaan akan dimulakan di Zon Timur dari 9 hingga 11 April di Pusat Beli Belah AEON Kota Bharu, Kelantan, diikuti Zon Utara pada 23 hingga 26 April di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.

KPN memaklumkan sambutan seterusnya akan diadakan di Zon Sarawak dan Zon Selatan masing-masing pada 8 hingga 10 Mei di Pusat Beli Belah Boulevard, Miri serta Dataran Peringatan Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir, Melaka.

Bagi Zon Tengah, program dijadual berlangsung dari 15 hingga 17 Mei di Muzium Negara, Kuala Lumpur, manakala acara peringkat kebangsaan akan diadakan pada 11 hingga 14 Jun di pekarangan Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Aktiviti menarik akan disediakan kepada pengunjung daripada pelbagai lapisan umur termasuk pertandingan Sukan Rakyat Perpaduan, pameran Rumah KAMI (Rumah Etnik), Perkampungan Etnik, Jejak Harmoni, Wacana Negara Bangsa, Larian Uniti, pameran muzium dan arkib, persembahan silang budaya serta jualan produk ekonomi komuniti Rukun Tetangga. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: JPJ laksana langkah penjimatan tenaga serta-merta selaras arahan kerajaan
Next: Amaran ribut petir di lima negeri hingga 6.00 petang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.