Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sambutan memberangsangkan, program SY Startup diteruskan tahun depan  
  • SEMASA

Sambutan memberangsangkan, program SY Startup diteruskan tahun depan  

Utusan Sarawak 5 months ago

PETRA JAYA: Program Sarawak Youth Startup 2024 (SY Startup 2024) akan diteruskan pada tahun depan ekoran sambutan yang menggalakkan dalam kalangan belia.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, program yang dianjurkan oleh kementeriannya ini telah menerima lebih 500 permohonan, walaupun hanya 300 tempat ditawarkan pada edisi sulungnya.

“Kami teruja melihat begitu ramai belia, sama ada graduan atau bukan graduan, berminat untuk menyertai program ini.

“Ia menunjukkan kesedaran dan minat tinggi terhadap pembangunan diri dalam bidang keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis penutupan program tersebut di Perkampungan Sukan Sarawak di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa seramai 276 peserta berjaya menghadiri program ini selama lapan hari.

Tambah Abdul Karim, program ini turut melibatkan kerjasama dengan lebih 40 agensi dan badan keusahawanan, termasuk dari Semenanjung Malaysia, untuk memberikan bimbingan serta peluang rangkaian kepada peserta.

“Selepas ini, kami akan terus memantau perkembangan mereka yang menyertai program ini.

“Data mereka akan disimpan, dan kementerian akan berperanan sebagai orang tengah untuk membantu mereka mengembangkan potensi,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dr Ripin Lamat.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Integrasi nilai bentuk individu seimbang, bukan hanya intipati pendidikan tinggi
Next: KKDW akan laksana PKD Mobile Mini di Sabah, Sarawak – Rubiah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.